HAKIKAT ISLAM
Friday, October 08, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:

Assalamualaikum wbt..

Masya Allah... Sudah dua bulan lebih, Mawar Berduri ini dibiarkan tanpa siraman. Namun, Alhamdulillah, mungkin kerana akarnya yang kukuh, Mawar ini masih mampu mengeluarkan haruman buat kita semua.

.........................................................

Ebtisam yang membawa pengertian senyuman merupakan nama yang dimiliki oleh seorang gadis Dubai, merantau ke Malaysia untuk menuntut ilmu bertemankan abang dan adiknya yang bernama Aisya. Walaupun mengenalinya tidak sampai setahun, mereka seolah-olah sudah lama menjadi kenalan ana di sini. Kami saling berkongsi cerita, kisah keluarga sehinggalah kepada permasalahan umat Islam hari ini.

"Umat Islam hari ini memang tidak bersatu. Di negara ana sendiri, kuasa dan sikap ingin menguasai mengatasi segala-galanya sehinggalah terbitnya sikap ingin bermusuhan. Antaranya, sebuah pulau yang kecil telah menjadi rebutan antara negara kami dan negara Iran sejak dari dulu lagi,"
bicara beliau pada suatu ketika membuatkan ana mengimbau kembali akan peristiwa sama yang pernah berlaku di antara Malaysia dan Singapura malahan dengan Indonesia juga. Itulah hakikat yang berlaku di dalam dunia masyarakat Islam, di mana pun jua sehinggalah tiba di suatu masa umat Islam kembali kepada hakikat ajaran Islam yang sebenar.

Jemputan open house dari adinda Nadirah, memberikan peluang bagi ana untuk mendedahkan Ebtisam dan Aisya akan sambutan Aidilfitri di Malaysia. Keterujaan mereka jelas kelihatan tatkala merasai sendiri suasana dan layanan yang diberikan oleh keluarga Nadirah buat kami dan tetamu yang lain. Mereka merasa kelainannya ketika membuat perbandingan di antara keluarga Nadirah dengan masyarakat Melayu di sekeliling kediaman mereka.



"Persamaan keluarga Nadirah dan masyarakat Melayu yang lain mungkin hanya pada keturunan Melayunya sahaja. Yang membezakannya adalah sejauh mana Islam menjadi aturan dan cara hidup keluarganya. Itu juga yang berlaku di tempat enti bukan?"
Aisya tersenyum dan kemudiannya mengangguk tanda bersetuju apabila ana cuba menjelaskan kelainan yang dirasainya. Ebtisam yang kebetulannya turut mendengar bicara kami, turut mengakui kebenaran itu.

...........................................................

Cukuplah sudah perkongsian ana kali ini. Semoga Allah swt terus merahmati kita semua. Peliharalah ukhwah yang telah kita bina agar kasih sayang yang tersimpul membawa kepada kebahagiaan yang sukar untuk dihitung.

p/s: Dialog yang tercatat merupakan terjemahan dari bahasa perantaraan yang telah digunakan oleh penulis.
Sejuta penghargaan ditujukan buat Kak Khaulah di atas pelawaan ke konsert Maher Zain baru-baru ini =). Ambo suko!!

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...