ANTARA YANG KOTOR DAN AMANAH ALLAH SWT.
Tuesday, October 12, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: , ,

"Politik itu kotor! Rasuah dan berbunuhan di sana sini."

"Saya tak suka politik-politik ni. Yang penting saya 5 rukun Islam saya dah buat."

"Tugas kita berdakwah, bukan berpolitik."

..................................................................................

Allah swt telah menggariskan di dalam Al-Quran akan tiga tugas penting setiap manusia di atas muka bumi ini. Pertamanya, sudah tentu tugas untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Keduanya, menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan yang ketiganya adalah dengan menunaikan amanah untuk menegakkan hukum Allah swt. Dalilnya dapatlah dirujuk di dalam Al-Quran.

Bicara ana pada kali ini lebih memfokuskan kepada tugas kita yang kedua iaitu tanggungjawab menjadi seorang khalifah di atas muka bumi. Perlulah terlebih dahulu kita fahami akan maksud khalifah itu sendiri, jika tidak secara terperinci, mungkin kita dapat memahaminya secara general. Menjadi pentadbir dunia atau dalam bahasa yang mudahnya bersiasah (berpolitik) merupakan tugas yang sering dipandang negatif oleh masyarakat hatta oleh sesetengah umat Islam itu sendiri.



Penaklukan kota Madinah oleh Rasulullah saw dan para sahabat merupakan salah satu bukti yang jelas bahawa siasah adalah salah satu cabang dalam Islam yang mana jika kita abaikan, itu menunjukkan kita tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya! Apa yang perlu kita jawab sekiranya kita disoal Allah swt, apakah yang telah kita lakukan terhadap tugas kita sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini jika cabang Islam itu ditolak mentah-mentah?

Berpandangan negatif terhadap siasah merupakan salah satu doktrin yang telah berjaya dicipta oleh Barat dalam menakluki pemikiran umat Islam sejak zaman kejatuhan Islam suatu ketika dahulu. Akibatnya, masyarakat Islam mula menganggap siasah perlu dipisahkan dari Islam dan akhirnya termasuklah ke dalam kelompok mereka yang berfikiran sekularisme. Perlu jelas di sini, bahawa Islam mempunyai garis panduan tertentu dalam bersiasah. Tidak perlu kita untuk bertindak pandai dalam menghalalkan dan mengharamkan sesuatu hukum itu tanpa meneliti pandangan ulama' yang muktabar.

Pelulah diingatkan akan salah satu sebab kejatuhan Melaka yang membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniah adalah disebabkan siasahnya berjaya ditakluki barat. Rasuah dan perebutan kuasa menyebabkan seluruh dunia Islam jatuh dan berpecah belah sehinggalah ke hari ini. Jika bukan kita yang mengembalikan Islam ke dalam sistem kehidupan masyarakat, siapa lagi, dan tugas ini yang pastinya perlulah dijalankan secara berjemaah. Marilah kita bersama-sama dengan mereka yang sanggup menitiskan darah dalam melaksanakan tiga tanggungjawab utama makhluk yang bergelar manusia ini berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Bagaimana kita dapat bersiasah sekiranya setiap individu Muslim itu masih tidak mengamalkan Islam dengan betul? Sebagaimana yang telah ana jelaskan, terdapat tiga amanah utama yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran. Ketiga-tiganya ini perlulah dilaksanakan seiring tanpa memberatkan salah satu di antara kesemuanya. Hasilnya, akan berlakulah saling melengkapi antara satu sama lain dalam memastikan setiap amanah itu berjaya diusahakan mengikut kemampuan. Allah swt, sudah menetapkan tanggungjawab yang mampu dipikul oleh tiap-tiap dari kita. Usahlah kita merasa terbeban dengan janji-janji ini kerana kita tahu bahawa akhirat kelak, ganjaran istimewa sudah sedia menanti mereka yang beriman dan bertaqwa kepada
Allah swt.

...............................................................................

Terdapat banyak lagi perkara yang ingin ana kongsikan dengan sahabat sekalian berkenaan apa yang telah ana kongsikan kali ini. Insya Allah, akan ana sambung di lain hari. Perkongsian ini lebih kepada mencetus minda dan tugas kita untuk mengkajinya dengan lebih mendalam. Sampai bertemu di lain bicara.

p/s: Kebenaran itu amat sukar untuk diluah dengan kata-kata. Sekadar perkongsian dariku..

  1. bersiasah satu perkara, bergelumang dalam siasah satu perkara lagi, saya rasa.

    cukuplah dengan media2 cetak dan media2 eletronik menampar memijak mencabut mencakar merobek keyakinan kita pada golongan yang bersiasah - di pihak mana pun.apatah lagi golongan muda diperlihatkan oleh media2 eletronik akan jeliknya gabungan yang masih tidak mahu membebaskan diri daripada korupsi, dan di masa yang sama, diperlihatkan juga kekalutan dan kebodohan gabungan yang berada di kandang berlawanan.

    siasah Malaysia harus ke arah sekularisme tulen nan benar.itu sahaja jawapannya. bermula dari situ.-islamisasi hanya suatu ilusi.

  1. anonymous: terima kasih di atas response yang telah dikemukakan. Cuma izinkan ana menyatakan sedikit pandangan. Pertama-tamanya, kita sebagai umat Islam perlu kembali kepada sifat menjauhi perkara yang syubhah. Bagi membuat penilaian mengenai hukum/pandangan Islam mengenai sesuatu isu, janganlah dengan mudah kita merujuk kepada sumber yang entah di mana kesahihannya (merujuk kepada media-media cetak dan elektronik) melainkan kitab-kitab sahih yang telah ditulis oleh ulama'silam dan kontemporari.

    Berkenaan tahalluf siasi (kerjasama politik), sila rujuk salah satu sumeber iaitu al-Rahiq al Makhtum untuk dalilnya. Jangan mudah meletakkan hukum atas sesuatu perkara.

    p/s: ana hanya pencetus idea..=)

  1. golongan islamis mencari arah dari buku-buku usang yang ditulis agamawan2 yang gemar sekali merangka teori-teori kompleks dan idealistik,deterministik- malah-tetapi menuduh golongan sekularis akan situasi yang sama.

    sekurang-kurangnya demokrasi dan sekularisme boleh diulas dikritik dimaki oleh golongan-golongan ilmuwan mahupun rakyat biasa. maka muncul segala bentuk neo dan postmodern. tetapi karya-karya agamawan diletak di kepala- ubahnya ( konon mengikut peredaran zaman) kosmetik bagai. mencabar sikit makanya menggugat Tuhan.malah di mata sistem ini, bukan Muslim adalah rakyat kelas kedua-kononnya mengikut hadis Nabi "kalau berjalan di suatu lorong dan jika ada bukan Muslim berjalan ke arahmu maka suruhlah dia berjalan ke tepi lorong".

    al-ahkam sultaniyah , yang menjadi anutan pembina-pembina sistem ini semacam suatu teks komedi.ditulis di zaman di mana khalifahnya bergelumang dengan emas dan wanita, tetapi dikatanya "khalifah perlulah bertaraf mujtahid". kelakar.

    oh, bagus sekali PR.gabungan ini akan menyedarkan golongan islamis akan hakikat bahawa Malaysia hanya boleh berjaya dalam sistem sekular dan demokratik yang benar-sesuai dengan demografi rakyat ini. 60 persen bukanlah suatu indikasi baik bahawa Malaysia perlu menjadi suatu negara Islam yang merejam batu dan gila menjajah kawasan lain.sayang, Pemuda PAS tidak faham. kalut menjerit-jerit membantah konsert yang tiketnya laku habis. kalut membangkitkan hudud pantang apa sahaja berlaku. kebebasan asosiasi apakah? suka sekali menjajah kebebasan individu.

    demokrasi mencari mandat rakyat, bukan mandat Tuhan. dan Malaysia ini politiknya demokrasi.

    tapi tidak mengapalah.mungkin suatu masa nanti di mana Malaysia ini ialah Somalia Baru..baru kita sama2 rasakan.

    : )

  1. anonymous: tahniah. saudara/saudari telah berjaya membuat cetusan dari apa yang ana cuba sampaikan sehingga membentuk suatu pandangan dari perspektif dan fahaman yang tidak berapa jelas. apa yang cuba saudara/saudari cuba sampaikan dengan mudahnya mengaitkan golongan yang mengkaji agama sehingga digelar 'usang'? adakah kita begitu hebat sehingga mampu menolak pandangan dan ilmu-ilmu yang dibukukan setelah kajian dan pencarian dibuat bertahun-tahun.? Dan apakah kerana Barat itu terkenal dengan maksiatnya yang berleluasa maka kita menolak pandangan ulama’ yang lahir di situ? Tidak ada istilah ilmu itu diperoleh di mana, zaman bila, selagi mana dilihatkan dengan jelas akan sumber rujukannya dan kepentingannya kepada kemaslahatan umat. Izin untuk ana tegaskan juga bahawa pandangan yang ana cuba bawakan dalam perkongsian kali ini tertumpu pada gerakan Islam dan bukannya tindakan dan strategi gerakan Islam itu sendiri yang mungkin tidak mampu untuk kita bahaskan tanpa sandaran dalil yang tepat dari al-Quran dan as-Sunnah.

    p/s: sekadar pandangan...

  1. Salam.
    Anonymous,

    1. Democracy has never has its own right or wrong. Such is determined by people's opinions and the ideology's popularity. Democracy should never justify whether islamization is desirable or not. People would decide. Democracy, thus, is just a mechanism. A mechanism which embodies broad spectrums of rights and priveleges.

    2. The idea of a Muslim state is in itself open to interpretation. I strongly believe that none of the activists in Islamic Movements would ever think of creating rogue states like Afghanistan or Somalia in Malaysia. Taliban and whatnot merely use Islam to justify the regimes' power and their discrimination to women and minorities.The mullahs are a bunch of male-chauvinists, patriachal bastards. Malaysians on the other hand merely want an accountable, just government- which is all Islam is about.

    3. Politics can never be separated by religion- though it is possible to have its own autonomy. It is a well known fact that all 4 Great Imams of the Islamic school of thought are tortured,poisoned, imprisoned by the ruling Khalifa of their time. Such is the case now. The growing support of Tea Party Movement in US is deeply rooted in Southern Protestant fundamentalism. Even in the liberal German, there are many moderate Christian parties.

    4. Everyone is entitled to their own opinion. Indeed we acknowledge that there used to be a time where any question about Islamic government is offensive. I think a lot of muslim movement activists recognise that. Most of them already realise that they couldn't just say " this is the Islamic way- you disagree, you will go to hell."

    5. Islamisation can grow strong in a true democracy- not an illusion. Nevertheless, it also requires a complete preparation that in many cases, perhaps the majority indeed don't want Islam. The decision should be respected.But it doesn't mean that the Muslim activists should stop campaigning altogether.

    6. There is a market for Islam in Malaysia. That you can't deny. Malays still want Islam- though at the moment the degree of 'wanting' is still varied. To each his ideology. The Muslim movements never say that other ideologies should be crushed. They know democracy.

    7. A lot of people still don't democracy, let alone Islamic governance.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...