PANASNYA
Saturday, February 20, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

"Panasnya. Kan bagus kalau cermin kereta ni di'tinted'kan. Tak delah silau sangat," ana mengeluh sambil cuba mengelakkan perit mentari daripada menembusi mata.
"Dulu, kaklong ingat tak sewaktu kita naik van lama kita. Pintu yang hampir tercabut, kadang-kadang berbunyi. Tapi, masa tu, kita tak pernah mengeluh. Selalu sabar, redha dengan pemberian Allah,"abuya yang duduk di sebelah mengingatkan kami akan kehidupan kami suatu ketika dahulu.



Ana cuba mengimbau kenangan kami sekeluarga yang pernah hidup dalam kehidupan yang penuh dengan kesederhanaan. Kami pernah hidup dengan sebuah kereta second hand yang mampu memuatkan kami enam adik beradik ditambah dengan kedua ummi dan abuya di seats hadapan. Susahnya hidup ketika itu sehinggakan kami tidak pernah terfikir untuk tidur di hotel, makan di restoran ataupun hotel dan pergi ke tempat-tempat yang mewah. Namun, jiwa yang sabar tetap mengisi kebahagiaan kami sekeluarga. Kini, kesenangan telah mewarnai hidup kami sekeluarga walaupun tidak semewah pemilik stesyen minyak bank ataupun pemilik syarikat perniagaan yang besar. Lebih-lebih lagi urusan pembelajaran ana sedikit sebanyak ditanggung oleh MARA dan adik ana oleh JPA. Tinggalnya adik-adik yang masih bersekolah. Allah menguji kami dengan sifat bersyukur dengan nikmatNya yang tiada tandingan. Ana terdiam mengakui akan kebenaran pesanan abuya. Perjalanan kami ke stesyen bas untuk menghantar kepulangan adinda ke Intec, Shah Alam dipenuhi dengan peringatan dari ayahanda tercinta akan ujian kesenangan yang Allah swt berikan kepada hambaNya.



Kita sering lupa bahawa ujian Allah swt itu pelbagai. Sama ada susah ataupun senang. Itu semua ujian buat kita di atas dunia ini. Ada orang diuji dengan kemiskinan, kesakitan, kekecewaan dan kematian. Ada pula yang ujiannya adalah kekayaan, kesihatan yang baik, kegembiraan dan kejayaan demi kejayaan! Pendek kata hidup manusia tidak akan terlepas dari ujian. Tinggalnya kita untuk memilih sama ada menjadi orang yang sabar dan bersyukur atau mudah berputus asa dan kufur dengan nikmat Allah swt.

"Jika kamu bersyukur atas nikmat-nikmatKu, Aku akan tambahkan lagi nikmat-nikmatKu. Namun, jika kamu kufur akan nikmat itu, ingatlah sesungguhnya azab Aku amat pedih." (Surah Ibrahim : 7)

Ya Allah, masukkanlah diriku ini dalam kalangan hambaMu yang sabar dan bersyukur

p/s: Semoga Allah memberi kekuatan dan kesejahteraan buat Mak Uda sekeluarga. Tidak lupa buat pejuang-pejuang Islam yang sering dihujani dengan mehnah dan tribulasi di medan kebenaran, ingatlah bahawa redha Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

  1. kesusahan lebih banyak mendekatkan diri kita kepada Allah. Buktinya, Rasulullah pernah cakap;

    Aku menjengah ke syurga dan kulihat banyak ahlinya dari kalangan orang miskin. Aku jengah ke neraka dan kulihat banyak ahlinya dari kalangan wanita.
    (lebih kurang kot bunyinya..correct me if I'm wrong.)

    Dulu pun kita sekeluarga pernah hidup sederhana jer, tak banyak nk bergantung kat org.. Makan ala kadar, tak membazir, n tak teringin nk berbaju mahal.. Tapi sekrg sejak dapat duit MARA 4ribu sebulan, rasa cam bos besar pulak.. Adeii.. susahnya bila diduga dgn kesenangan..

  1. che pa: semuanya perlukan mujahadah. bila kita susah, perlu ada mujahadah untuk meresakan kesabaran. bila kita senang perlu ada pula mujahadah untuk menanamkan kesyukuran.
    p/s: dengar kata ko n sab masak masa uzar buat program kat sana... ada can...

  1. Masak? masak donut ke maksud kau? Haahaha.. tu pertandingan antara group jer. Kumpulan Sab ada buat kecoh masa tu..

  1. che pa: haha.. donut pun ok ape..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...