RAMADHAN BULAN SILATURRAHIM..
Sunday, September 06, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Ramadhan kali ini penuh dengan warna-warna yang menceriakan suasana yang penuh barakah. Berbuka puasa beramai-ramai(iftar jamaie) bukanlah suatu yang asing lagi bagi umat Islam. Tidak kiralah bersama sahabat, housemates, keluarga mahupun dengan mereka yang mungkin baru kita kenali. Itulah indahnya Ramadhan. Ikatan silaturrahim diperteguh, ibadah diperkukuh.

Ukhwah terbina di bulan Ramadhan tidak mengira batas usia. (Dari kiri: Makcik Ho, Makcik Mala, Makcik Noni dan sahibah-sahibah yang dikasihi)

Ramadhan kali ini juga mempertemukan ana dengan adik-adik dari KMS dan IPRM. (Dari kiri: Mai, Farha, Dila)

Tikah, sepupu yang sentiasa ceria. Disebelahnya, adik ana. Kehadiran ayahsu dan alang sekeluarga menggamatkan suasana berbuka puasa.

Nasi beriani membuatkan kami tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa.

Ini pula sajian yang mampu kami sediakan sewaktu berbuka puasa bersama housemates dan beberapa sahabat yang lain.

p/s: Ana tak berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga di Terengganu pada Ramadhan kali ini. Hu~

  1. salam. Erm... best nyer lauk.
    Besar pahala memberi makan org utk berbuka puasa.

  1. hazwan: waalaikumussalam.. malaysia memang kaya dengan makanannya.. mcm mn puasa kat sana?

  1. asmaa'.....
    ala... tak sempat nak buka pose kat terengganu, ko sempat buka pose kat raub kan...
    aku ajak kau balik perak ngan aku tak nak... apala...
    apa2 pun, kita buat pose kat masjid sunway khamis ni ek...

  1. emosah: ala, nak pujuk aku la tu... ko dah beli ke blom tiket tu... kak Siti kata dah 300 orang budak MARA dah beli kat Casa..

  1. em... puasa kat c ni meriah.
    alhamdulillah, tambah2 nk masuk 10 akhir ramadhan. Ramai org bertukar jd malaikat :)(melawak je)

  1. aku tak tau nak beli kat mana...
    kau belikan utk aku...
    nnt aku bayar ek....
    try minta diskaun kat kak siti..
    hehehe...

  1. hazwan:Alhamdulillah.. Semoga usaha itu istiqamah walaupun di bulan2 yang lain.. Jangan jadi yang sebaliknya, sudah...
    emosah: aku rase cam kena ketuk je kalau mintak discount.. mcm accounting lak..

  1. Ni gambar bukak puasa kat terengganu ke?

  1. che pa: x de ar.. kat rumah pak cik aku, kat rumah aku skrang n kat program iftar...

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...