MALAYSIA VS TANZANIA
Friday, September 11, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Mungkin sesetengah daripada kita agak sensitif apabila persoalan mengenai adakah Malaysia merupakan sebuah negara Islam ditimbulkan. Mungkin ada yang akan melenting apabila yang menimbulkan persoalan itu adalah rakyat ataupun warganegara Malaysia itu sendiri. Namun demikian, bagaimana pula jika persoalan itu ditimbulkan oleh mereka yang bukan warganegara kita?

Ana telah dikurniakan dengan seorang kawan yang juga merupakan coursemate ana yang berasal dari Tanzania. Ana senang memanggilnya Fay. Suatu petang, sedang kami menunggu bas sambil berborak panjang, Fay tiba-tiba meluahkan sedikit rasa terkilannya.

"At first, I thought Malaysia is a very Islamic country and it would seem as my own country. But, when I came here, I was really shocked! You know why? How come in this Islamic country, people are allowed to wear that kind of clothes ( merujuk kepada mereka yang berpakaian tetapi hakikatnya.....)," Fay cuba membangkitkan persoalan sambil matanya mengarahkan seorang perempuan lalu di hadapan kami.

Mana tidaknya, di Tanzania, sesiapa yang berpakaian tetapi tidak elok pada pandangan mata, pakaian mereka akan ditanggalkan di hadapan orang ramai walaupun bagi yang bukan Muslim. Ana hanya tersenyum, tidak mampu untuk menjawabnya. Tidak dapat bayangkan jika perkara yang sama berlaku di Malaysia. Pasti isu ini akan menjadi hangat malah lebih hebat lagi daripada isu persidangan dewan rakyat yang berlaku di negeri Perak, mahupun isu hukuman sebatan untuk sahabat kita di Pahang.

Apa yang pasti, post ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa malah apa yang sepatutnya, semua pihak perlulah mengambil pengajaran dari setiap apa yang berlaku.
Sama-samalah kita fikirkan...

p/s: Mungkin ana kena bersiap sedia dengan jawapan andai selepas ini timbul pula persoalan-persoalan yang lagi dasyat daripada soalan TOK.

  1. betul ke kat Tanzania cam gitu? cuak aku.. sebelum ni aku kenal Tanzania dr abg aku jer, dia suka kumpul setem dr Tanzania. Tanzania majoriti Islam ke?

  1. che pa: kat sana 70 percent muslims.. suruh la abang ko kumpul setem dari checz pulak...

  1. saye sokong ape yg sahabat tanzania tuh punye pendapat...buleh ker Malaysia dipanggil an Islamic country..klu ramai rakyat yg beragama islam..namun undang2 islam x dipraktikan!! malah islam turut ditindas secara halus...

  1. asmaa', fay tu islam ker???
    aku serius tak tau nak bezakan mana satu dari kenya, africa, tanzania..
    semua mcm sama jer...
    aku tau nak bezakan org korea jer...
    org indonesia pun aku konfius gak yg mn satu..
    myanmmar pun sama...
    mak ai, ramai gak foreigner kat taylor ni..

  1. hazim: teringat pulak salah satu soalan kat BTN. Malaysia ni sebuah negara Islam atau tak?

    emosah: dia tu non Muslim. Aku pun macam tu jugak. Sekarang ni susah nak cari orang Islam yang bukan Islam pada nama sahaja.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...