IZZAH
Friday, September 25, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Malam terakhir di kampung sebelum kami kembali ke tempat masing-masing, usrah penutup telah kami adakan bagi memastikan hati-hati kami sesama ahli keluarga tetap terikat dengan jambatan keimanan. Ana berkesempatan untuk berkongsi sedikit peringatan yang telah ana peroleh semasa mengikuti usrah di KMS mengenai rasa izzah terhadap agama Islam.

Pelancaran KEMPEN BIAH SOLEHAH di KMS. Kini menjadi kenangan...

"Jika dilihat akan suasana masyarakat Islam pada hari ini, kebanyakan daripada kita semakin lama semakin jauh daripada ajaran Islam yang telah dibawa oleh junjungan besar Rasulullah saw. Budaya barat semakin serasi dalam kehidupan. Mungkin sebelum ini, kita melihat keadaan ini dari kacamata hiburan semata-mata. Namun demikian, di dalam suasana yang serba mencabar pada hari ini, budaya tersebut telah mula meresap dalam pelbagai aspek yang lain di dalam kehidupan seharian kita. Contoh yang mudah, waktu tidur di malam hari sudah bertukar menjadi siang dan sebaliknya. Tabiat kelawar di dalam diri masyarakat kita sudah semakin menjadi-jadi.
Mengapa ini dikatakan kesan daripada pengaruh barat? Masyarakat di sana mengisi waktu malam mereka dengan menziarahi pub-pub bagi melepaskan tekanan setelah bekerja teruk di siang hari sedangkan dalam Islam, kerehatan yang sempurna dapat diperoleh apabila berehat bersama-sama dengan keluarga, bertahajud di malam hari dan banyak lagi perkara yang menjanjikan ketenangan. Terdapat banyak lagi contoh lain yang realitinya berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Kesan daripada keadaan ini, lahirlah pelbagai masalah yang akhirnya membawa Islam semakin jauh dari kita dan yang pastinya masyarakat lain mungkin akan memandang jelek pada Islam. Nauzubillah..
Inilah akibat tiadanya rasa izzah terhadap apa yang diaturkan oleh Allah di dalam agama Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah. Bagi kita yang telah Allah berikan hidayah untuk merasai kemuliaan Islam, tingkatkan usaha kita untuk mempamerkan Islam yang sebenar pada diri kita. Biarlah orang dapat memandang Islam melalui diri kita. Pergaulan, percakapan, pemakaian dan segala-galanya hendaklan menurut aturan syarak. Bersama-samalah kita menjadi duta rasmi terhadap agama Islam yang kita cintai."
Wallahua'lam..

p/s: Nasihat buat diriku yang lemah ini jua.. Semoga Allah tidak memasukkan diriku dalam golongan yang mahu menjadi kelawar.

  1. salam sayang buat kak asmaa'
    huhu.bila tgk gambar tu teringat waktu kakak2 masih ada di sini.rinduuuuuuuuuunyeeeeeee time tu.
    moga terus thabat ya.nnt kalau turun smban lagi,gtaw la ye.hehe.

    barakallahufik (>.<)

  1. aisyah: salam sayang kembali buat Aisyah.. kak Asmaa' pun pun rindu dengan adik-adik.. begitulah aturanNya, kadang-kadang kala dalam perjuangan itu terjadinya pertemuan dan perpisahan. Insya Allah, kak Asmaa' akan selalu jengok adik-adik kat sana. Belajar elok-elok ye...

  1. Asmaa'..!
    Rindu nak berdiskusi macam kt kms dlu..
    mga Allah pertemukan kita lagi dalam suasan yg diredhaiNya..!

  1. perkongsian: Insya Allah.. Suasana tarbiah itu sentiasa dirindui oleh hati-hati yang mencaarri keredhaan Allah.. (rindu nak berjogging dgn farah jugak...)

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...