NEGARA BANGSA
Wednesday, July 01, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Hari ini ana terbaca mengenai konsep negara bangsa yang pastinya diketahui oleh setiap dari kita yang mengambil SPM dalam subjek Sejarah. Pernahkah kita terfikir bahawa inilah salah satu bentuk penjajahan yang telah ditinggalkan oleh si kafir yang sememangnya sentiasa menaruh dendam terhadap umat Islam sejak zaman silam lagi?

Semangat negara bangsa yang kononnya menjamin keamanan dunia merupakan salah satu ancaman dan penyebab yang membawa kepada perpecahan umat Islam hari ini! British telah berjaya membawa propaganda negara bangsa ini ke negara kita dan tika ini kita dengan rela hatinya menerima konsep tersebut tanpa menilai sejauh mana perpaduan umat Islam telah tergadai. Dan yang pastinya kesan buruk konsep negara bangsa ini dapat dilihat dengan jelasnya. Nasib saudara-saudara kita di Iraq, Afghanistan, Palestin, Selatan Thailand dan banyak lagi tidak dapat dibela lantaran semangat nasionalisme yang sangat 'tinggi' meskipun mereka satu aqidah dengan kita.

Jika difikirkan adakah konsep ini telah dipraktikkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w? Jika benar, ini bermaksud, Islam itu adalah Arab dan hanya Arab sahaja yang Islam sedangkan hakikatnya baginda menyebarkan syariat Islam ini untuk diamalkan ke seantero dunia. Islam adalah untuk semua! Nah, British juga telah menyebarkan pemikiran assobiyah(bangsa) atau kaumiyyah(kaum) dalam pemikiran umat Islam termasuklah masyarakat di Malaysia.

Kesimpulannya, alangkah indahnya jika Islam yang dijadikan teras dalam perjuangan, bukannya....

p/s: Tiba-tiba teringatkan kenangan semasa belajar subjek Sejarah dulu.. Ramai yang syahid di medan tidur...

  1. arab saudi keluar dari uthmaniyah juga disebabkan oleh semangat negara bangsa ni..oleh keluarga saud..hmmm

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...