PENGHUJUNG DUNIA.....
Thursday, March 05, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Salam perjuangan...

Cuti 4 hari sempena Nadwah Kepimpinan Islam sudah pun menjelma. Kehangatan warga
kolej untuk meraikan sahabat-sahabat dari kolej yang lain kian terasa.

Teringat kembali saat ana bersama beberapa orang sahabat yang lain bersama-sama menyertai
program yang sama di KPM Branang. Sebelum ke sana, kami memang bersemangat mengharapkan sesuatu yang dapat dibawa balik untuk diaplikasikan dalam usaha pentarbiyahan di kolej. Namun, apa yang diharapkan tersebut ternyata hanya indah khabar pada rupa.
Tidaklah ana menyalahkan para penganjur memandangkan program itu julung-julung kali diadakan di bawah MARA.

Kolej MARA Seremban menyahut cabaran untuk menganjurkan program ini secara sukarela walaupun kekangan demi kekangan terpaksa dilalui. Ana mengharapkan kolej ana yang dicintai ini dapat mencetuskan revolusi baru dalam program Nadwah Kepimpinan ini.

.......................

Zaman sekolah dahulu, ana pernah juga menyertai Nadwah Kepemimpinan Islamiyah SBP yang diadakan di SBPI Rawang. Seronok! Itulah yang dapat ana gambarkan. Pada program itulah ana dipertemukan dengan Qurratul Ain, sahabat ana pada hari ini. Ana masih rindukan biah solehah yang terdapat pada program tersebut. Mengadakan usrah yang dikepalai oleh Ukhti Syafiqah dari KISAS di dalam bilik sebelum melelapkan mata, merapatkan ukhwah di antara kami meskipun kami datang dari pelbagai ceruk di bumi Malaysia ini. Setiap program yang diasingkan di antara ikhwah dan akhawat termasuklah dalam slot jungle tracking. Pada ketika itulah buat pertama kalinya ana melakukan flying fox!

.................................

Apa yang dapat dilihat pada hari ini, masyarakat mula berlumba-lumba untuk melakukan sesuatu yang dapat mengembalikan syiar Islam di atas muka bumi ini. Pelbagai program mahupun aktiviti dilakukan agar anggota masyarakat terutamanya golongan remaja kembali mengamalkan Islam secara totalnya. Amat dihargai usaha demikian.

Namun demikian, jika dilihat secara realitinya, mengapakan golongan masyarakat masih terumbang ambing malah makin teruk dari hari ke hari. Adakah fitnah dajjal mula meresapi jiwa masyarakat pada hari ini? Kerisauan makin meningkat tatkala melihatkan kerosakan demi kerosakan bukan sahaja berlaku dalam kalangan mereka yang bukan Islam. Malah, dalam kalangan ummat Islam itu sendiri.
Program keagamaan makin meningkat sedangkan nilai moral masyarakat makin merundum selari dengan suasana ekonomi dunia pada hari ini.

Tidak perlu kita melihat di negara lain kerana di dalam bumi Malaysia ini sendiri, kerosakan itu semakin parah dalam masyarakat. Bermula dengan pucuk kepimpinan dengan isu rasuahnya sehinggalah meresapi golongan pelajar sekolah dengan isu bulinya. Parah dan nazak! Itulah yang dapat digambarkan akan situasi masyarakat pada hari ini.

Jadi, apakah resolusinya? Adakah hanya dengan berkata-kata, kita mampu mengubah situasi yang berlaku pada hari ini?
Kembalilah kepada Islam yang tulen. Betulkan masyarakat dengan pegangan aqidah yang betul. Mulakan dengan mereka yang berada di sekeliling kita. Di samping itu, jangan dilupa.
Islam tidak akan tertegak di atas muka bumi ini selagi tidak tertegaknya Islam dalam diri kita.

p/s: Ya Allah, masukkanlah diriku di dalam kalangan mereka yang berjuang untuk kemenangan Islam pada akhir zaman ini.

  1. pasal nadwah aun lepas, ana sejujurnya tak menyangka keadaannya sebegitu rupa..rasanya nti paham mksd ana..
    dan ana setuju dgn kata2 nti..mmg byk prgrm2 bercorak islami diadakan sekarang, namun ummat kian parah..pasti ada silap dimana-mana..
    *tak balik*

  1. itulah yang ana sedihkan... ana masih teringat akan salah satu isu yang enta pernah post kan dalam blog enta sebelum ini iaitu berkaitan semangat untuk memperjuangkan saudara kita di Palestin yang bermusim..ana akui akan realitinya perkara tersebut dan inilah salah satu kefasadan yang berlaku dalam ummat Islam itu sendiri..

  1. biasanya kita nampak bala yang Allah turunkan, datang dalam bentuk bencana seperti tsunami dan taufan..sebenarnya bala yang lebih besar daripada tu adalah perpecahan dan kerosakan akhlaq dalam masyarakat..

    sama2 kita berubah.

    ana namanya mohd ihsan bin hamdan
    skelas masa skolah dulu..
    5 SA 1..ingat x?

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...