"Jaga adab walau ke mana sahaja kita pergi. Jangan sombong dengan orang lain."
Pesan nenek bagai tersemat di dalam dada.
Muda mudi Islam hari ini jika dilihat semakin hanyut dan jauh dari nilai dan adab yang secara jelasnya telah digariskan dalam syariat Islam itu sendiri. Budaya kesopanan sudah kian lama ditinggalkan mencetuskan satu revolusi baru di mana budaya barat menjadi teras dalam kehidupan. Bukanlah ana menafikan akan kemajuan yang berkembang pesat di sana, namun cukuplah sekadar itu yang diambil tanpa diserap sekali akan budaya di sana. Cukuplah kalau kita memperkatakan soal berpakaian. Berbaju yang berlandaskan syariat dianggap kuno, lapuk, baju tidur dan bermacam lagi sedangkan mereka sebenarnya secara terangnya menunjukkan kejumudan pemikiran mereka. Apakah kemajuan itu diukur dengan berpakaian ala barat ataupun berbudaya seperti mereka sedangkan tahap pemikiran terus diletak pada level yang serendah-rendahnya. Sikap meniru orang lain hanya meletakkan diri kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan satu suasana di mana setiap dari kita berlumba-lumba untuk menghasilkan penemuan-penemuan baru berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang membuka mata dunia akan kehebatan Ummat Islam.
Rasulullah s.a.w merupakan contoh ikutan yang paling terunggul yang harus diteliti akan kehidupan baginda pada zaman remaja. Kegigihan mempelajari selok belok perniagaan di usia yang muda di samping penonjolan akhlak yang mulia jelasnya mematangkan baginda sehingga berjaya memikat ummul mukminin untuk memperisterikan baginda walaupun pada jarak usia yang jauh berbeza. Apa yang pasti, iman sempurna yang memandu kepada akhlak mulia, menjadi teras dalam kehidupan seseorang remaja Muslim. Jauhilah budaya hedonisme yang hanya menjadikan kita leka akan tujuan sebenar hidup kita di atas muka bumi ini.
p/s: Renungan buat diri ana yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai hiburan yang melalaikan di waktu cuti ini...

betul2. bukan semua boleh diserap. insyaAllah sama2 lah memajukan diri bersama IsLAM:)