MENUNGGU PANGGILANMU, YA ALLAH
Friday, October 28, 2011 by MAWAR BERDURI in

Apabila nenek aku bercerita mengenai pengalamannya di tanah suci Mekah, aku jadi sayu. Ada juga rasa cemburu mendengarkan khabar teman-teman yang sudahpun berkunjung ke sana. Apakah ada kesempatan untuk aku turut sama menjejakkan kaki ke sana. Terngiang-ngiang ungkapan;

"Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaika la syarika laka labbaik. Inna al hamda wa an ni'mata laka wa al mulka la syarika laka."

Kami memenuhi dan menunaikan perintahMu ya Allah. Tiada sekutu bagiMu. Dan kami Insha Allah memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milikMu dan tiada sekutu bagiMu.


Kadang-kadang aku sendiri jadi terkilan apabila ada diantara kita yang telah Allah berikan kemampuan untuk menunaikan haji, namun masih berdalih untuk melaksanakannya. Bukankah menunaikan haji bagi yang berkemampuan itu salah satu daripada rukum Islam. Tidak takutkah kita jika dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak?

" Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran ayat 97) 

Di sudut hati keciku, aku berdoa agar diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menjejakkan kaki ke sana dikala aku masih sihat. Agar aku bisa menjejaki segenap penjuru tanah yang penuh barakah itu. O Allah, I'm waiting for Your call.  

Waiting for Your Call - Irfan Makki

Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

p/s: Jangan lupa mengamalkan amalan-amalan sunat di bulan Dzulhijjah. =)

RAJUK HATIKU
Wednesday, October 26, 2011 by MAWAR BERDURI in

Cuti selama seminggu bersempena Deepavali pada awalnya membuatkan aku menarik lafaz lega. Inilah yang terzahir pada perasaanku sebulan yang lalu tatkala aku sedang mengisi planner bagi bulan Oktober. Namun, hakikatnya cuti hanya tinggal cuti. Pada awalnya, aku merancang untuk pulang ke kampung buat beberapa hari. Pulang untuk mengembalikan cas-cas positif dalam diri aku tatkala menatap wajah ummi dan abuya di Terengganu. Teringatkan pada mereka berdua dan adik-adik terutamanya pada situasi aku yang agak stress akhir-akhir ini, membuatkan hati aku terus membuak-buak kerinduan. Aku memang meletakkan keazaman yang tinggi untuk pulang memandangkan sudah hampir 3 bulan tidak pulang ke tanah tumpah kelahiranku. Baru 3 bulan. Orang lain dah setahun tak balik kampung. Macam mana nak kahwin ni.

Due date for this assignment will be extended to 30th October.”

Allahurabbi. Mungkin ramai dari kalangan rakan sekuliahku, akan tersenyum gembira. Namun bagi aku, mendapat perkhabaran ini membuatkan perancangan aku sedikit terganggu apabila tarikh penghantarannya dipanjangkan. Disebabkan assignment ini ditugaskan dalam kumpulan, segalanya pasti bergantung pada keputusan bersama dan memerlukan pertemuan yang kerap. Pada awalnya, aku cuba menegaskan pada ahli kumpulanku bahawa tugasan harus disiapkan sebelum cuti kerana aku yakin mereka juga ada perancangan masing-masing sepanjang cuti seminggu ini. Namun demikian, segalanya tetap dalam perancangan Allah swt. Tugasan kami ternyata memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan. Setiap hari yang harus aku tatapi adalah penyataan indeks harga di Bursa Malaysia. Lagak gaya seperti seorang broker saham pun ada rasanya. Broker saham yang perasan pada diri sendiri. Kelihatannya, inilah pengisian waktu cutiku.

Inilah gambar lakeside di Taylor's Uni yang diambil dari library. (Mood rajin mengedit gambar.)
 
Tatkala ahli rumahku seorang demi seorang pulang ke kampung masing-masing hari Jumaat yang lalu, aku hanya mampu duduk termenung sambil cuba memujuk hati dengan perancangan-perancangan last minute agar cuti aku tidak hanya digunakan untuk membuat assignment. Perlu ada satu matlamat yang perlu aku capai. Tekad hatiku dalam rajuk yang terpendam.

Kaklong, balik dok cuti Deepavali ni?”
“Sorry deh kak yam, kaklong kena buat assignment cuti ni. Insha Allah, raya haji kaklong balik.”    

TRAVELOG BROGA
Friday, October 21, 2011 by MAWAR BERDURI in Labels:

"Insha Allah, hari Sabtu ni, kita akan ke Broga Hill. Malamnya, kita akan tidur sekali. Qiamullail. 5.30 pagi, kita terus gerak ke Semenyih. Ok?"

"Yea, bestnye!"

Keterujaan adik-adik usrahku untuk bersama-masa melihat kebesaran Allah, membuatkan aku turut tersenyum melihatkan respon mereka. Ada yang merancang itu, ada yang merancang ini. Selaku ketua rombongan, aku memilih untuk menyiapkan keperluan-keperluan asas yang perlu ada agar segalanya berjalan dengan lancar. Akhirnya, berbekalkan tawakkal kepada Allah swt, kami berjaya tiba di puncak Broga Hill dan kembali ke kediaman masing-masing dengan selamat. Syukur padaMu, ya Allah.
........................

"Asmaa', kat rumah tak de air. Bil air hari tu, Asmaa' dah bayar kan?"
"Tak de air? Eh, saya dah bayar semua. Sewa, air, elektrik. Ada something wrong ni kak."

Sebaik sahaja menerima perkhabaran dari kak Khaulah, aku segera pulang ke rumah. Masalah ni perlu diselesaikan hari ini juga memandangkan esok hari Sabtu. Cuti. Jam yang menunjukkan pukul 6 petang membuatkan aku resah. Pukul 8 malam, aku perlu sampai ke Shah Alam. Dua buah kereta untuk kami bergerak ke Semenyih perlu dititip dari Bro Mior. Alhamdulillah, setelah berunding dengan pihak management, bekalan air ke rumah kami disambung semula.

"Kak Asmaa', ada orang mengamuk kat depan rumah Wani malam tadi. Habis kereta-kereta yang kat depan rumah tu kena bakar. Ada darah siap."
"Ya Allah. Mesti orang mabuk punya kerja. Wani pindah rumah akak la, selamat sikit. Bahaya area rumah Wani tu."

Sepanjang perjalanan ke Shah Alam, kami berbual panjang.

......................................................

"Akak, nanti masuk simpang Taylor's tu, ada orang India yang tengah berdarah. Akak jangan berhenti tau."

Sms yang aku terima dari Shahira, membuatkan aku terkejut. Apa hal pulak ni.

Tatkala melalui simpang yang dinyatakan, aku melihat pihak polis sedang mengawal lalu lintas. Dari kejauhan kelihatan seorang lelaki India terkulai. Masih hidup. Nyawa-nyawa ikan barangkali. Allahuakbar. Dalam masa 24 jam, macam-macam boleh berlaku. Rupa-rupanya, ada percubaan membunuh di situ. Dan peristiwa itu dilihat sendiri oleh adik-adik!

Malamnya, kami melelapkan mata sambil membayangkan pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada hari itu. Jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana Allah masih memelihara kami. Alhamdulillah.

.................................................................

Setelah melakukan sedikit aktiviti regangan, pendakian kami dimulakan dengan doa. Sedikit peringatan aku sampaikan agar masing-masing memelihara akhlak, menjaga imej sebagai seorang Muslimah. Dengan lafaz Bismillah, kami bergerak.

Tanah yang agak landai, agak memudahkan pendakian.

Berehat di pertengahan.

Permandangan indah di waktu pagi. Masih kelihatan kabus yang meliputi bumi.Separuh perjalanan yang pertama, masing-masing kelihatan fokus pada pendakian. Tidak banyak bicara. Namun, sebaik sahaja kami hampir tiba di puncak, kami amat teruja dengan keindahan ciptaan Allah swt. Aku teringat akan bait-bait kalam Allah swt menerusi Surah Ar-Rahman. Peringatan demi peringatan diberikan agar tidak mendustakan nikmat Ilahi. Perjalanan kami selama 45 minit bagaikan tidak terasa.

Permandangan indah di waktu pagi. Masih kelihatan kabus yang meliputi bumi Semenyih.

Buaian Syeikh Muzaffar.

Mahfuzah yang kejang kakinya.

Perjalanan diteruskan dengan penuh keceriaan.

Rupa-rupanya, kat puncak dah macam pasar malam. Ramai sungguh orangnya. Ada yang bawa baby siap.



Keterujaan melihat panorama indah.


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."
Surah Al-Imran ayat 190.

Alhamdulillah. Meskipun hari semalam kami diuji dengan pelbagai peristiwa, kesempatan untuk melihat kebesaranNya membuatkan kami larut di dalam kebesaran ciptaan Allah swt. Kadang-kadang kita mudah lupa, dicelah-celah langit yang mendung, ada sang pelangi yang indah memperlihatkan warnanya. Kita manusia yang sering kufur pada nikmat Ilahi.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengikngkari (nikmat-Ku) maka pasti azabKU sangat berat."
Surah Ibrahim, ayat 7.

..........................................................

Dalam perjalanan pulang, kami mengambil kesempatan untuk singgah menziarahi rumah Shahira di Kajang. Kebetulan, masih dalam mood hari raya. Kemudian, kami terus bergerak ke Subang Jaya. Di dalam kereta, masing-masing melelapkan mata kepenatan. Penat yang berbaloi, Insha Allah. Dalam diam, aku merancang untuk riadah seterusnya. Gunung Nuang barangkali.
Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Sms dibuka dan,

"Asmaa', pintu rumah kita berkunci dari dalam."

Aku duji lagi.

SUATU PETANG YANG DINGIN
Tuesday, October 18, 2011 by MAWAR BERDURI in

Hujan yang turun dengan  lebat, tidak langsung melonggarkan semangat mereka untuk hadir. Siapakah mereka itu? Hadir ke mana? Mereka itulah insan-insan yang cintakan redha Illahi, kasihkan saudara mereka melebihi diri mereka sendiri. Hadirnya mereka ke suatu pertemuan yang dinaungi dengan rasa kasih dan rindu pada cinta sang Pencipta.
...............................................

"Kak Asmaa', tak tahulah diorang boleh datang ke tak. Sebabnya, pagi tadi diorang sibuk siapkan final experiment sampai pukul 5 pagi," bicara Aini sambil sibuk menghubungi sahabatnya yang lain.

"Owh, ye ke. Allahuakbar. Penatnya. Tak pelah. Kalau diorang sms bagi tahu diorang penat, Aini suruh diorang rehat ye. Arahan ni," balasku dengan nada bergurau namun betul-betul memaksudkannya.

Memandangkan waktu terus berjalan, aku meneruskan agenda pertemuan meskipun hanya dengan separuh kehadiran. Tiga daripada enam. Aini, Mira dan Farah yang bertindak sebagai pengerusi liqa'.

"Hari ini, akak akan buat satu aktiviti. Di tangan akak ada beberapa helai kertas. Akak akan agihkan satu kertas untuk tiap-tiap seorang. Adik-adik hanya boleh lihat apa yang ada di kertas masing-masing. Akak akan bagi masa dua minit setengah untuk fikirkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan apa yang kelihatan pada kertas tersebut," arahku sambil tersenyum membahagikan kertas-kertas berlipat dua yang berisi gambar-gambar tertentu.

Gambar yang penuh pengertian.

..................................................

Hidup hari ini melihatkan pancaroba yang pelbagai. Seorang muslim yang hidup di tengah-tengah masyarakat yang kelihatan sudah hilang agamanya, memerlukan suatu perlindungan yang kukuh. Bukan sahaja perlindungan secara dalaman malahan secara fizikalnya juga tidak boleh diabaikan. Kekuatan aqidah yang kuat amat perlu agar kapal yang meredah lautan yang bergelora bisa tiba ke pengkalan dengan selamatnya.  

Pilu juga hatiku melihatkan seseorang yang lahir dari didikan yang sempurna, keluaran sekolah yang bukan calang-calang dari segi kehebatan tarbiyahnya, namun dengan mudah larut di celah kelalaian yang disokong kuat oleh persekitaran yang amat jauh dari biah solehah. Di manakah kekuatan yang telah dibina? Apakah begitu mudah kekuatan itu dirobohkan? 

......................................................


"Bunga mawar selalu dikaitkan dengan perempuan. Durinya tajam. Bagi Mira, mawar yang berduri ni melambangkan seorang perempuan yang ada perlindungan padanya. Tidak mudah diganggu oleh lelaki. Dan setiap seorang pasti ada perlindungan masing-masing. Macam Mira, sebelum ni ada seorang lelaki kacau. Dia asyik call setiap hari. Padahal Mira tak kenal pun. Jadinya, Mira marah-marah kat laki tu. Nasib baik kawan Mira tegur laki tu elok-elok. barulah dia berhenti kacau. Kesimpulannya, jadilah seperti mawar berduri dan tegurlah orang dengan berhikmah," bicara Mira membuatkan aku tersenyum.



"Farah dapat gambar ni. Ada laut, ada langit dan ada pokok kelapa. Apa yang Farah nampak ialah luasnya lautan menggambarkan luasnya ilmu Allah nak dibandingkan dengan setitis air yang menitik apabila jari kita dicelup ke dalamnya." Ringkas dan bersahaja. Namun apa yang disampaikan Farah membuatkan aku berfikir akan kerdilnya ilmuku dibandingkan dengan ilmu Rabbul a'lamin.



"Ini yang Aini dapat," bicara Aini sambil tersenyum menunjukkan gambar yang diperolehnya. "Pendapat Aini, perkataan pencuri kat atas gambar ni dan dialog yang diberi menunjukkan walaupun kedua-dua lelaki dan perempuan ini mempunyai perasaan di antara satu sama lain, namun dengan kekuatan mereka dalam menjaga hati membuatkan mereka saling menjauhi. Atas dasar untuk mengelakkan perkara-perkara yang membawa kepada maksiat." 
Subhanallah. Persis dengan apa yang ingin aku sampaikan. 
......................................

Aku teringat akan perkongsian yang diberi oleh seorang artis yang kembali menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Wardina Safiyyah. Seorang insan yang cukup aku kagumi dari segi karakternya yang sangat tegas membicarakan permasalahan remaja semenjak penghijrahannya.

"Kekuatan saya ada pada al-Quran dan usrah."

Al-Quran. Suatu pembicaraan Allah swt pada hambaNya. Penuh dengan keindahan hikmah dan kehebatan penawar. Ya. Aku akui. Salah satu punca sebahagian masyarakat Muslim hari ini terjebak dengan pelbagai masalah adalah disebabkan tiadanya roh al-Quran dalam diri mereka. Meskipun sejak kecil dididik dengan pendidikan yang sempurna, namun apabila al-Quran diabaikan apabila usia melangkah dewasa, jadilah apa yang digembar-gemburkan hari ini. Bayi dicampak dari tingkat tiga rumah flat, remaja bunuh diri kerana ditinggalkan kekasih, bapa meliwat bayi kecil, pemimpin saling merasuah antara satu sama lain, pemimpin yang menolak undang-undang Islam, ibu bapa yang mendera anak-anak dan banyak lagi. Sebabnya, tiada lagi al-Quran dalam diri mereka. Yang ada hanyalah perhiasan di atas almari.

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasulullah."

                                                                                                                    Hadith riwayat, Imam Malik.

Usrah? Mungkin pada waktu lain akan aku bicarakan. Suatu sistem yang dipopularkan oleh seorang tokoh gerakan Islam, mengambil ibrah dari sirah Rasulullah saw.


............................................................

"Assalamualaikum semua. Sorry kami lambat kak."

Aku berpaling. Kami semua berpaling.

Mereka hadir. Tetap dengan keceriaan meskipun kepenatan jelas tergambar pada wajah mereka.Terima kasih ya Allah kerana memegang hati mereka. 

..................................................................

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...