HOBI ATAU PERLU?
Thursday, April 28, 2011 by MAWAR BERDURI in Labels:

Apa hobi awak ye? Hobi saya membaca.
Kelihatannya amat klise tetapi jika diteliti akan seruan pertama buat umat Islam tidak lain tidak bukan adalah Iqra'. Bacalah!

Segala puji bagi Allah swt kerana menganugerahkan ana dengan sifat ingin tahu yang amat mendalam yang mana membawa kepada keterujaan ana dengan apa jua bahan bacaan terutamanya buku. Berada dalam lingkungan ahli keluarga dan kemudiannya pernah bersama-sama dengan sahabat yang amat gemar membaca membuatkan ana kian giat menambahkan koleksi pembacaan dari sehari ke sehari. Hinggakan antara hadiah yang amat ana hargai adalah apa jua yang dapat mendorong ana untuk lebih banyak membaca.

"Tak naklah jadi ulat buku. Boring giler."
"Nampak nerd la kalau pegang buku-buku ni."
"Tak de kelas langsung hobi membaca.
Orang biarlah hobi mendaki gunung ke, melancong ke."

Ana tidak memandang membaca itu sebagai perkara yang perlu dijadikan sebagai hobi. Membaca itu adalah sesuatu yang perlu! Bukan untuk masa-masa lapang. Kegemilangan umat Islam di zaman Abbasiyah adalah antaranya disebabkan umat Islam ketika itu yang amat dekat dengan bahan bacaan. Malangnya budaya itu tiada pada majoriti umat Islam hari ini. Tidak hairanlah jika negara-negara Islam dilihat mundur pada kaca mata Barat.


Tapi, macam mana nak pupuk minat membaca ni?

Ana amat gemarkan sesuatu yang penuh dengan pengembaraan dan cabaran, lantaran itu sebagai permulaannya ana jadikan buku-buku travelog sebagai pencetus ana untuk hampir dengan dunia buku. Kisah yang dinukilkan membuatkan ana dapat mencipta suatu imiginasi yang seolah-olah ana berada di dunia mereka.
"Travelog Iran: Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad" seolah-olah membuatkan ana dapat merasai sendiri dunia di bawah pemerintahan seorang tokoh hebat di dalam dunia Islam. Subhanallah, hebat sungguh nikmat disebalik wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah swt untuk kita. Apa yang cuba ana sampaikan adalah carilah suatu bacaan yang amat hampir dengan diri kita untuk dijadikan pencetus ke arah dunia pembacaan yang lebih hebat.

Percaya atau tidak, dunia buku ini juga telah berjaya membuatkan ana begitu hampir dengan mereka yang berada di sekeliling ana tidak kira mereka yang baru ana kenali mahupun yang sekian lama berkongsi cerita. Bahan bacaan yang diperoleh, ana jadikan modal untuk mengenali dan mendekati masyarakat. Bagaimana untuk mendekati adik-adik remaja, ada isu yang boleh ditimbulkan. Begitu juga apabila bersama-sama dengan kakak-kakak yang lebih dewasa malah yang seusia dengan ana. Cantik bukan, apabila budaya membaca itu dijadikan sesuatu yang sebati dengan jiwa kita terutamanya bagi yang benar-benar merasai beratnya tanggungjawab amar makruf nahi munkar.

Buat sahabat-sahabat yang sependapat dengan ana, sudi-sudikanlah untuk berkongsi bahan bacaan sahabat sekalian dengan ana. Ana sangat menghargainya. Dan buat sahabat-sahabat yang masih berusaha untuk mendekati dunia yang ana cintai ini, teruskan usaha itu. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan Allah swt. Bacalah!

p/s: Book fair oh book fair...

HAKIKAT!
Monday, April 25, 2011 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

Suatu kekuatan yang mempertahankan perjuangan

Lumrahnya, pasti dihalusi dan ditapisi dengan sesuatu yang kita tidak pasti
Agar kita menyedari
Bahawa adanya Dia
Yang tidak jemu, tidak lelah
Untuk bersama dengan kita

Suatu perjuangan
Mungkin dilihat hanya memadai dengan kata-kata
Tapi bisa mempertahankan prinsip
Untuk tidak goyah

Hakikatnya tidak
Bicara itu tiada perjuangannya hanya dengan kata-kata
Retorik!
Tidakan penyusulan tanpa keikhlasan
Sia-sia!
Akhirnya lahirlah hakikat jemu dan bosan dengan perjuangan


Eh, perjuangan apa?
Kata demi kata disusun
Tapi apa yang kamu perjuangkan?

Perjuangan yang apa-apa
Perjuangan seorang ibu melahirkan zuriatnya
Perjuangan seorang pemimpin mempertahankan rakyatnya
Perjuangan seorang pejuang bahasa mengkuhkan bahasanya
Yang pasti sandarannya perlu pada perjuangan seorang mujahid dalam perjuangan Islam
Tidak kira kamu siapa
Seorang hamba, seorang ketua, seorang pemimpin dan apa jua
Itu yang dilihat Sang Pencipta

Betapa duri yang melingkar di perjalanan
Kadang-kadang menyungkurkan kita
Tapi pautan yang jelas itu ada untuk digapai
Agar yang tersungkur itu bisa bingkas kembali
Meneruskan perjalanan
Menuju Rabbul Izzati

nukilan: mawarberduri

ANTARA URUSAN HIDAYAH DAN SERUAN KITA
Saturday, April 09, 2011 by MAWAR BERDURI in Labels: , ,

“Asmaa’, you know, I almost cried just now. His talk was really touching. Thank you very much my dear.” Ana terkedu.
Allah itu Maha Hebat. Hebatnya kuasa ayat-ayat Allah dan hebatnya anugerah yang telah Allah kurniakan buat pakcik speaker sehinggakan seorang kenalan ana, Yap namanya begitu tersentuh mendengar bait-bait bicara beliau yang menceritakan keindahan Islam. Sama-samalah kita mendoakan Yap, seorang bakal journalist yang sedang dan amat berminat untuk mendalami Islam agar diberikan hidayah oleh Allah swt untuk bersama-sama kembali kepada aqidah yang satu.

Apakah ada syurga buat kita?

...........................................................................................

“Kak Asmaa’, kita kena berdakwah pada siapa ye? Non-Muslims or Muslims sebab kalau nak berdakwah pada Non-Muslims, masih ramai Muslims yang tak ikut syariat. Macam mana ye kak?”
”Pada sesiapa sahaja, ikut kemampuan,”jawab ana sambil tersenyum.

Seorang ulama’ pernah menyatakan di dalam buku tullisannya Manhaj Daurah Tarbiyyah bahawa mad’uwin (orang-orang yang dida’wah) kepada seseorang da’ei (orang yang berdakwah) mestilah seluruh manusia di semua peringkat, tanpa dibezakan. Semua manusia mestilah diselamatkan dengan Islam! Penegasan ini digambarkan oleh Allah swt melalui firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 21-22 dengan seruan yang ditujukan kepada seluruh manusia.

“Arina, aku memang tak tau macam mana nak ajak dia solat. Dia tu susah sikit la.”
”Ish ko ni. Kita ni mana boleh nak pilih-pilih orang untuk diajak pada Islam. Mana tu, kalau Allah bagi hidayah, berkali-kali ganda dia hebat berbanding kita.”

Nasihat sahabat ana di suatu ketika masih ana simpan malah terpahat di dalam hati akan pentingnya kita untuk membawa seruan Islam kepada sesiapa sahaja melalui strategi dan kondisi yang telah Allah swt tetapkan buat kita. Oleh itu wahai sahabat sekalian, ingatlah bahawa syurga itu bukan murah harganya. Serulah Islam kepada sesiapa jua.Dan, bekerjalah untuk Islam tanpa mengabaikan fokus kita sebagai seorang pelajar jika itu situasi kita pada tika ini. Pesanan akhir ini ana titipkan khusus buat diri ana dan sebagai perkongsian buat sahabat sekalian bergurukan pengalaman yang telah ana lalui suatu ketika dahulu.

p/s: Dialog yang diberi telah diolah serba sedikit mengikut kesesuaian.

DIRI INI KEMBALI
Friday, April 08, 2011 by MAWAR BERDURI in Labels:


Assalamualaikum wbt buat sahabat pembaca yang ana rindui sekalian. SubhanaLlah, SubhanaLlah, SubhanaLlah. Maha Suci buatMu ya Allah di atas petunjuk yang Dikau kurniakan buatku untuk terus menggerakkan jari jemari yang sepuluh ini agar kembali menitipkan perkongsian di Mawar Berduri ini. Jazakumullahu khairal jaza’ buat sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu bertanya akan gerangan Mawar Berduri yang semakin hari semakin layu tanpa siraman perkongsian setelah hampir 3 bulan menyepi diri. Meskipun jika dilihat secara zahirnya, masa itu mungkin menjadi kekangan buat ana untuk berkongsi, hakikatnya semua itu datang dari kelemahan diri ana sendiri. AstaghfiruLlahal ‘Azdim. Insha Allah, telah ana tetapkan azam di hati untuk terus bersama-sama sahabat di dalam medan penulisan ini dan semoga usaha ini menjadi sumber bekalan ana untuk menemui kekasih yang sentiasa dirindui, Allahu Rabbul ‘Izzati. Amin, ya Allah.

p/s: bunga rose kat rumah dah lama layu..huhu..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...