DUHAI SAUDARAKU
Saturday, October 30, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: , ,

Menyusuri jalan, kami meredah malam berbekalkan tawakkal kepada Allah swt, dari Banting, ke Gombak dan kemudiannya kembali ke rumah masing-masing. Mana tidaknya, kepenatan dan kekenyangan membuatkan mata amat berat sekali untuk dibiarkan bertahan.

"Syeikh, kenapa agaknya Allah swt memilih Palestin untuk berhadapan dengan Israel laknatullah? Kenapa tidak mereka dari bangsa yang lain?" Kak Fathiah selaku driver pada malam itu tiba-tiba bertanya. Mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan seorang pejuang Palestin, Syeikh Muhammad yang berada bersama-sama kami selesainya program Palestin di Banting.

"Alhamdulillah, umat Palestin dipilih Allah swt di atas kelebihan yang ada pada kekuatan dari segi fizikal dan mental yang membuatkan kami akan terus-menerus dan tidak akan sekali-kali tunduk pada Israel laknatullah meskipun sudah lebih 100 tahun bumi suci ini dijajah oleh mereka,"sambut Syeikh Muhammad sebelum meneruskan pembicaraannya.


Wajah-wajah yang mengimpikan keamanan di bumi Palestin.

Kami terus membelah malam sambil mendengar nasihat-nasihat dari Syeikh Muhammad yang sudah empat kali berada di dalam penjara Fatah dan Isreal. Barakallahu fikum.
.........................................................................................

Kesan yang terhasil dari semangat nasionalisme yang diserap ke dalam pemikiran umat Islam suatu ketika dahulu dan telah menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniah, membuatkan hari ini umat Islam lemah untuk berhadapan dengan serangan-serangan dari mereka yang memusuhi Islam sejak zaman berzaman. Tidak kiralah serangan secara fizikal mahupun melalui pemikiran dengan ancaman fahaman-fahaman yang mengarut belaka dan amat bertentangan dengan apa yang telah dibawa oleh Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah.

Sejak akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan isu-isu yang membuatkan kita terus didedahkan dengan kejahilan dan kelemahan umat Islam secara khususnya, di Malaysia. Tidak perlulah dinyatakan akan apa yang telah berlaku namun cukuplah untuk kita mengakui bahawa tidak mustahil bagi Allah swt untuk menimpakan bala bencana di tanah air kita seandainya kejahilan ini akan terus berleluasa sehingga diterima dengan rela hatinya oleh masyarakat Islam di Malaysia. Nauzubillahiminzalik.

Menyebut perihal bala bencana, sedikit sebanyak sudah kita rasai. Baru-baru ini, satu perkongsian yang mengerikan telah disampaikan kepada ana berkenaan apa yang telah berlaku di dalam masyarakat kita. Perkongsian itu datangnya dari seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang cukup ana kenali di mana beliau menceritakan bahawa saban bulan, pasti ada paling kurang seorang pelajar wanita yang mengandung anak luar nikah di sekolah berkenaan. Allah swt menurunkan bala kepada kita dalam bentuk kerosakan yang berlaku di dalam masyarakat. Itupun masih ada yang bertindak bodoh mencari penyelesaian ke sana ke mari dengan idea-idea yang akan terus membuatkan umat Islam diketawakan malah dipersendakan oleh mereka yang kafir terhadap Islam.

Ini semua terhasil akibat berjayanya musuh-musuh Islam membawa ism-ism tertentu yang membuatkan masyarakat termasuklah para pemimpin untuk jauh dan akan terus jauh dari Islam jika tidak dibendung. Tidak kiralah dari segi apa bentuk fahamannya sama ada nasionalisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme, hedonisme, modernisme dan banyak lagi fahaman-fahaman yang lain.

Melalui pembacaan ana menerusi sebuah tulisan oleh Dr. Ugi Suharto,
'Pemikiran Islam Liberal, Pembahasan Isu-Isu Sentral', beliau ada menyebutkan bahawa punca dasyatnya pengaruh fahaman pluralisme di Indonesia adalah kerana kerajaannya tidak memberikan hak kepada agama Islam untuk dilindungi di bawah kuasa perlembagaan meskipun majoriti masyarakatnya adalah Islam. Dalam situasi ini, mungkin tidak adil jika ana menyamakan Indonesia dengan Malaysia kerana Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaan (menurut apa yang dipelajari di sekolah dan di BTN).

Namun, jika kita fikirkan, bukankah lebih hina jika kita membuat pengiktirafan terhadap Islam namun langsung tidak mengikut setiap dari ajarannya? Dan, penghinaan ini yang pastinya bukan sahaja pada Islam itu sendiri malah akan terus merujuk kepada Allah swt.

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan-apabila Allah dan Rasul Nya menetapkan keputusan terhadap sesuatu perkara, (tidak haruslah mereka) mempunyai hak memilih hak ketetapan sendiri mengenai urursan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."
(al-Ahzab 33:36)

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berfikir dan mengatur strategi agar kita tidak akan terus mengikut arus yang telah diatur dengan penuh rapi oleh mereka yang memusuhi Islam atau mungkin menjadikan Islam hanya sebagai celak yang mengindahkan mata namun terus-menerus meletakkan Islam pada kedudukan yang serendah-rendahnya. Perkongsian kecil dari ana mungkin tidak mampu untuk menghindarkan kerosakan dari terus berlaku namun cukuplah sekiranya tulisan ini mampu membuatkan kita bermuhasabah dan mengatur tindakan yang sewajarnya selari dengan kehendak Syariatullah.

...............................................................................................


Bersama-sama dengan anak-anak Syeikh Muhammad,
dari kanan, Batul, Bara', Banna dan penulis.


"Asmaa', kamu harus menjadi seperti Asma' Abi Bakr. Mendapat gelaran pemakai dua tali pinggang di atas kehebatannya menjadi salah satu faktor kejayaan hijrah Rasulullah saw, dengan izin Allah swt.

Harapan dari seorang pejuang Islam itu akan terus tersemat di hati ana meskipun amatlah kerdil diri ini untuk menjadi sehebat insan yang bergelar Asma' Abi Bakr.

p/s: Tahniah buat Malaysia di atas kehebatan cita-cita pemimpin 'Islam'nya yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab pusat hiburan malam.

FLY HIGH KEMBALI!!!
Sunday, October 24, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:



p/s: Sesiapa yang berminat atau ingin mengemukakan pertanyaan, boleh terus menghubungi ana melalui:
email: grandeur_moons@yahoo.com

LENSA AIDILFITRI YANG LALU
Monday, October 18, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:

Setelah sekian lama menanti, ana peroleh jua gambar-gambar yang sempat dirakam sewaktu kemeriahan Aidilfitri baru-baru ini. Sekadar perkongsian buat sahabat sekalian walaupun agak terlambat dari yang sepatutnya.


Lemang yang disediakan sehari sebelum Aidilfitri disambut.


Tidak dilepaskan, percikan bunga api yang membelah angkasa.



Masing-masing sibuk melihat keindahan percikan bunga api yang disediakan khas bagi perayaan Aidilfitri. Alang memang best..


Hari Raya Pertama, sesi fotografi yang menghimpunkan salah silah keturunan Haji Timah aka moyangku..=


Para sepupu lelaki.. Dah matang-matang semuanya...


Bersantai sambil merasai tiupan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa gitu..


"Orang tue, duk depang. Hok mude, berdiri kat blakang," perintah komando
.


Sang teruna mengepalai sesi berziarah..


"Rumoh sape pulok ni? Dok rajing maghi pung."


Nenda tercinta.
.


Apelah yang diborak tu agaknya.

p/s: Gambar anak-anak dara tidak dapat dikongsi atas sebab-sebab keselamatan.

PENANTIAN ITU SUATU YANG MENYEKSAKAN?
Saturday, October 16, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:

Seperti biasa, ana menunggu ketibaan komuter (KTM) yang jadual perjalanannya hanya terpampang sebagai hiasan. Penantian selama setengah jam itu membuatkan ana cuba untuk memerhatikan dan membuat penilaian akan keadaan masyarakat di sekeliling sambil mata yang tidak lepas-lepas dari memandang jam di handphone.

Tiba-tiba, ana terdengar satu perbualan dari satu pasangan yang kebetulannya berada di sebelah ana. Meneliti gaya mereka seperti hendak berbisik, tetapi jelas kedengaran butiran perkataan yang mereka pertuturkan. Ana tersenyum. Jam di handphone sudah menunjukkan angka 2008. Pukul 8.08 malam. Alhamdulillah, ana selesai bersolat Magrib berjemaah di surau Intec setelah selesai makan malam bersama adinda di sana. Itupun secara illegal.Sebabnya, tidak boleh masuk ke kawasan kediaman pelajar tanpa student’s tag.

*“Nok tanye guano. Dia tu, paka tudung labuh. Satgi dia dakwoh kita pulok,” bicara si gadis yang memang cun, tapi manis sekiranya berpakaian mengikut syariat.

*“Tanyolah, tok ke nok tanyo orghe hok ujung nu,” balas sang jejaka yang bertindik di telinga.

Orang kelate rupanya. Ana ingat orang Indon mana tadi.


Bilalah nak upgrade ni..

..................................................................................

“Kak, tumpang tanya. Mana satu yang ke KL Central?”

“Hmm, kalau nak ke KL Central, kena tunggu kat sini. Sebelah sini ke Pelabuhan Klang.”

Ana cuba menjawab dengan senyuman. Sekurang-kurangnya, ana berterima kasih kepada mereka kerana tidak takut dengan ana. Bertudung labuh, berbaju labuh bukanlah tanda kita harus ditakuti oleh masyarakat. Merekalah yang harus kita dekati dengan kasih sayang menandakan Islam tidak membawa kepada permusuhan. Semoga pasangan itu dikurniakan hidayah daripada Allah swt dan kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.

......................................................................

*("Macam mana nak tanya. Dia tu pakai tudung labuh. Nanti kita didakwahnya pulak.")

*("Tanyalah, tak kan nak tanya orang yang duduk kat hujung sana tu,")

p/s: Sejak masuk umur 20-an ni, selalu dipanggil kak walaupun kadang-kadang kita ni yang muda dari dia. Agaknya muka ni dah macam mak orang.

ANTARA YANG KOTOR DAN AMANAH ALLAH SWT.
Tuesday, October 12, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: , ,

"Politik itu kotor! Rasuah dan berbunuhan di sana sini."

"Saya tak suka politik-politik ni. Yang penting saya 5 rukun Islam saya dah buat."

"Tugas kita berdakwah, bukan berpolitik."

..................................................................................

Allah swt telah menggariskan di dalam Al-Quran akan tiga tugas penting setiap manusia di atas muka bumi ini. Pertamanya, sudah tentu tugas untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Keduanya, menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan yang ketiganya adalah dengan menunaikan amanah untuk menegakkan hukum Allah swt. Dalilnya dapatlah dirujuk di dalam Al-Quran.

Bicara ana pada kali ini lebih memfokuskan kepada tugas kita yang kedua iaitu tanggungjawab menjadi seorang khalifah di atas muka bumi. Perlulah terlebih dahulu kita fahami akan maksud khalifah itu sendiri, jika tidak secara terperinci, mungkin kita dapat memahaminya secara general. Menjadi pentadbir dunia atau dalam bahasa yang mudahnya bersiasah (berpolitik) merupakan tugas yang sering dipandang negatif oleh masyarakat hatta oleh sesetengah umat Islam itu sendiri.



Penaklukan kota Madinah oleh Rasulullah saw dan para sahabat merupakan salah satu bukti yang jelas bahawa siasah adalah salah satu cabang dalam Islam yang mana jika kita abaikan, itu menunjukkan kita tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya! Apa yang perlu kita jawab sekiranya kita disoal Allah swt, apakah yang telah kita lakukan terhadap tugas kita sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini jika cabang Islam itu ditolak mentah-mentah?

Berpandangan negatif terhadap siasah merupakan salah satu doktrin yang telah berjaya dicipta oleh Barat dalam menakluki pemikiran umat Islam sejak zaman kejatuhan Islam suatu ketika dahulu. Akibatnya, masyarakat Islam mula menganggap siasah perlu dipisahkan dari Islam dan akhirnya termasuklah ke dalam kelompok mereka yang berfikiran sekularisme. Perlu jelas di sini, bahawa Islam mempunyai garis panduan tertentu dalam bersiasah. Tidak perlu kita untuk bertindak pandai dalam menghalalkan dan mengharamkan sesuatu hukum itu tanpa meneliti pandangan ulama' yang muktabar.

Pelulah diingatkan akan salah satu sebab kejatuhan Melaka yang membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniah adalah disebabkan siasahnya berjaya ditakluki barat. Rasuah dan perebutan kuasa menyebabkan seluruh dunia Islam jatuh dan berpecah belah sehinggalah ke hari ini. Jika bukan kita yang mengembalikan Islam ke dalam sistem kehidupan masyarakat, siapa lagi, dan tugas ini yang pastinya perlulah dijalankan secara berjemaah. Marilah kita bersama-sama dengan mereka yang sanggup menitiskan darah dalam melaksanakan tiga tanggungjawab utama makhluk yang bergelar manusia ini berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Bagaimana kita dapat bersiasah sekiranya setiap individu Muslim itu masih tidak mengamalkan Islam dengan betul? Sebagaimana yang telah ana jelaskan, terdapat tiga amanah utama yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran. Ketiga-tiganya ini perlulah dilaksanakan seiring tanpa memberatkan salah satu di antara kesemuanya. Hasilnya, akan berlakulah saling melengkapi antara satu sama lain dalam memastikan setiap amanah itu berjaya diusahakan mengikut kemampuan. Allah swt, sudah menetapkan tanggungjawab yang mampu dipikul oleh tiap-tiap dari kita. Usahlah kita merasa terbeban dengan janji-janji ini kerana kita tahu bahawa akhirat kelak, ganjaran istimewa sudah sedia menanti mereka yang beriman dan bertaqwa kepada
Allah swt.

...............................................................................

Terdapat banyak lagi perkara yang ingin ana kongsikan dengan sahabat sekalian berkenaan apa yang telah ana kongsikan kali ini. Insya Allah, akan ana sambung di lain hari. Perkongsian ini lebih kepada mencetus minda dan tugas kita untuk mengkajinya dengan lebih mendalam. Sampai bertemu di lain bicara.

p/s: Kebenaran itu amat sukar untuk diluah dengan kata-kata. Sekadar perkongsian dariku..

JANGAN PUTUS ASA!!
Saturday, October 09, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: ,
HAKIKAT ISLAM
Friday, October 08, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:

Assalamualaikum wbt..

Masya Allah... Sudah dua bulan lebih, Mawar Berduri ini dibiarkan tanpa siraman. Namun, Alhamdulillah, mungkin kerana akarnya yang kukuh, Mawar ini masih mampu mengeluarkan haruman buat kita semua.

.........................................................

Ebtisam yang membawa pengertian senyuman merupakan nama yang dimiliki oleh seorang gadis Dubai, merantau ke Malaysia untuk menuntut ilmu bertemankan abang dan adiknya yang bernama Aisya. Walaupun mengenalinya tidak sampai setahun, mereka seolah-olah sudah lama menjadi kenalan ana di sini. Kami saling berkongsi cerita, kisah keluarga sehinggalah kepada permasalahan umat Islam hari ini.

"Umat Islam hari ini memang tidak bersatu. Di negara ana sendiri, kuasa dan sikap ingin menguasai mengatasi segala-galanya sehinggalah terbitnya sikap ingin bermusuhan. Antaranya, sebuah pulau yang kecil telah menjadi rebutan antara negara kami dan negara Iran sejak dari dulu lagi,"
bicara beliau pada suatu ketika membuatkan ana mengimbau kembali akan peristiwa sama yang pernah berlaku di antara Malaysia dan Singapura malahan dengan Indonesia juga. Itulah hakikat yang berlaku di dalam dunia masyarakat Islam, di mana pun jua sehinggalah tiba di suatu masa umat Islam kembali kepada hakikat ajaran Islam yang sebenar.

Jemputan open house dari adinda Nadirah, memberikan peluang bagi ana untuk mendedahkan Ebtisam dan Aisya akan sambutan Aidilfitri di Malaysia. Keterujaan mereka jelas kelihatan tatkala merasai sendiri suasana dan layanan yang diberikan oleh keluarga Nadirah buat kami dan tetamu yang lain. Mereka merasa kelainannya ketika membuat perbandingan di antara keluarga Nadirah dengan masyarakat Melayu di sekeliling kediaman mereka.



"Persamaan keluarga Nadirah dan masyarakat Melayu yang lain mungkin hanya pada keturunan Melayunya sahaja. Yang membezakannya adalah sejauh mana Islam menjadi aturan dan cara hidup keluarganya. Itu juga yang berlaku di tempat enti bukan?"
Aisya tersenyum dan kemudiannya mengangguk tanda bersetuju apabila ana cuba menjelaskan kelainan yang dirasainya. Ebtisam yang kebetulannya turut mendengar bicara kami, turut mengakui kebenaran itu.

...........................................................

Cukuplah sudah perkongsian ana kali ini. Semoga Allah swt terus merahmati kita semua. Peliharalah ukhwah yang telah kita bina agar kasih sayang yang tersimpul membawa kepada kebahagiaan yang sukar untuk dihitung.

p/s: Dialog yang tercatat merupakan terjemahan dari bahasa perantaraan yang telah digunakan oleh penulis.
Sejuta penghargaan ditujukan buat Kak Khaulah di atas pelawaan ke konsert Maher Zain baru-baru ini =). Ambo suko!!

INSHA ALLAH
Wednesday, October 06, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:



p/s: Ana doakan kejayaan buat kita. Seeru a'la barakatillah..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...