ULASAN KALI INI
Wednesday, April 21, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

Isunya...

"Open minded lah sikit. Sekarang ni zaman moden. Apa salahnya dia pakai macam tu?" bicara seorang suami yang mempertahankan isterinya yang berpakaian jauh dari syariat Islam.


"Biarlah dia keluar dengan boyfriend dia. Boleh berkenalan lebih rapat. Maklumlah, hujung tahun ni dah nak berumahtangga,"balas seorang ibu apabila ditanya perihal anak gadis bongsunya yang tak lekat di rumah. Si bapa masih setia dengan akhbar di tangannya tanpa berkata apa-apa.

Dua situasi yang telah ana kongsikan adalah rekaan semata-mata namun kebenarannya mungkin ada dalam masyarakat kita.

Ana terpanggil untuk membincangkan perihal ini sebaik sahaja terbaca komen seorang suami yang mempertahankan pakaian isterinya yang tidak menutup aurat di dalam salah satu sisipan akhbar tempatan. Tidak pula ana terkejut apabila membaca isu ini memandangkan hal ini memang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Lantas ana menjengah ke blog salah satu sumber rujukan ana, UZAR bagi meneliti hukum mengenai perihal ini menurut al-Quran dan as-Sunnah.

Dayus. Itulah istilah yang digunakan bagi menggambarkan seorang lelaki yang bergelar suami atau bapa yang membiarkan kemungkaran dilakukan oleh ahli keluarganya tanpa ada usaha untuk menghalangnya dan hukumnya adalah dosa besar! (Rujukan berdasarkan dalil)

Masya Allah... Beratnya tanggungjawab seorang suami atau bapa yang mungkin diambil mudah oleh sesetengah daripada kita. Apalah yang bakal dijawab oleh para suami yang dayus ini di hadapan Allah di akhirat nanti.

Apabila ana mengaitkan isu yang dibincangkan dengan kerosakan masyarakat hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa inilah salah satu faktor yang membawa kepada keruntuhan akhlak remaja yang saban hari didedahkan di dada-dada akhbar. Suami membenarkan isterinya berpakaian mendedahkan aurat dan bergaul bebas dengan lelaki bukan mahram yang lain. Seorang bapa dengan bangganya mengambil ringan soal anak-anaknya yang jauh dari akhlak Islam dengan hidup yang diharungi maksiat.
Nauzubillahimin zaalik.

"Enti ni bias lah. Takkanlah tanggungjawab ni hanya pada bahu lelaki saja."

................................................
Kaitannya

"I benci betul dengan suami I tu. Kolot betul. Ada ke patut dia tak bagi I ikut bos I meeting di Dubai bulan depan. Bukan kami buat apa pun. Meeting je,"kongsi seorang isteri ketika bersembang bersama rakan-rakannya.

Benar. Situasi ketiga yang ana kongsikan ini menggambarkan perlunya juga peranan dari seorang isteri yang menjadi vice president dan bukannya second president dalam sesebuah keluarga. Tidak berlayarlah sebuah bahtera jika dikemudi oleh dua orang nakhoda. Begitu juga dalam sesebuah keluarga. Tugas seorang vice president adalah memudahkan tugas president dan mengambil alih tugasnya apabila perlu. Pendek kata, yang di atas tetap di atas dan yang dibawah tetap dibawah. Itulah keadilan yang dibawa oleh Islam bersesuaian dengan kemampuan dan fitrah yang ada pada seorang lelaki dan seorang perempuan yang saling melengkapi dalam sesebuah bahtera perkahwinan yang dibina.



Cantiknya Islam apabila kehidupan berkeluarga itu saling melengkapi. Adanya seorang pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya dan terdapatnya seorang pembantu yang sentiasa mendokong kepimpinanan ketuanya. Apabila hal ini dilaksanakan sebaik mungkin tidak adalah istilah suami dayus dan isteri nusyuz. Hasilnya, anak-anak akan mendapat tarbiyah yang baik dari ibu bapa dan lahirlah Baitul Muslim yang berkualiti dalam masyarakat. Akhbar juga pasti ketandusan idea lantas berkurangnya modal bicara untuk meningkatkan jualan harian.

Satu tugas selesai. Tinggal lagi peranan kita dalam membetulkan faktor-faktor lain yang menyebabkan kerosakan dalam masyarakat. Seiringkanlah setiap peranan kita dalam menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Jangan kerana satu tanggungjawab, tanggungjawab yang lain pula diabaikan.

.......................................
Rumusan.

Kesimpulannya, persiapkanlah diri kita
dengan ilmu yang sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan mahupun sebelum mengambil sebarang tindakan dalam menyelesaikan sebarang masalah sama ada kecil ataupun besar. Janganlah kita mengambil mudah soal sesuatu tanggungjawab yang pastinya akan dipersoalkan di akhirat kelak.
..........................

Sekian untuk kali ini. Sekadar pandangan dari ana yang masih belajar soal kehidupan.

Semoga Allah swt memberikan kekuatan untuk ana yang kerdil ini dan para sahabat untuk mengamalkannya jika ada kebaikan yang dapat diambil.
Astaghfirullahal a'zhim..

.................................

p/s: Pening memikirkan mana berita yang betul dan mana yang diputarbelit.

RESAH SENDIRI
Monday, April 19, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

Benarlah kata orang, perkongsian itu tinggi nilainya. Jika tidak pada yang memberi, mungkin ada pada yang menerima. Alhamdulillah, perkongsian dengan sahabat seperjuangan baru-baru ini sedikit sebanyak membuatkan ana berfikir akan tingginya nilai Islam dan iman yang telah Allah swt kurniakan buat hamba-hambaNya yang berjaya melembutkan hati untuk menerima belaian rahmat dari Allah swt. Jiwa hamba-hamba ini akan mudah terasa kehilangan apabila mereka menyedari diri mereka jauh dari Allah swt. Betapa sensitifnya mereka terhadap sesuatu yang menyentuh iman mereka. Masya Allah, hebatnya tarbiyah hati mereka membuatkan mereka terus berusaha mencari redha Allah swt walau di mana mereka berada.

Begitulah sahabat sekalian. Janganlah kita hanya terus meletakkan kekaguman kita pada kehebatan mereka. Didiklah jiwa kita akan menjadi sehebat mereka walau kita dikelilingi dengan mereka yang enggan tunduk pada kuasa Ilahi. Janganlah kita mudah merasa tewas lantaran kita diperlakukan dengan pelbagai rupa. Ada masa kita dihina, dicerca, diumpat dan diperlekehkan hanya kerana kita melakukan sesuatu yang hanyalah untuk mengharapkan redha Allah swt.



Ana masih teringat akan penyuntik jiwa yang dikongsi oleh salah seorang sahabat ana suatu ketika dahulu. Beliau berkata,"Suatu ketika kita mungkin akan dicampakkan ke satu tempat yang mana tiada Muslim di situ. Kita keseorangan, kesepian. Hanya bertemankan keyakinan terhadap peneman yang setia, Rabbul Izzati. Namun kita harus ingat. Apakah makna disebalik Islam itu sendiri. Tunduk, patuh dan penyerahan diri hanya kepada Allah swt.

Nah, jika kita fikirkan, bukankah sang mentari itu Muslim dek kepatuhannya pada sunnatullah. Terbitnya ia di kala pagi dan perginya ia di kala senja. Bagaimana pula dengan sang unggas yang berterbangan? Terbangnya mereka mencari rezeki di fajar hari dan pulangnya mereka pabila petang menjelma. Hebatnya mereka terhadap hukum alam yang diatur oleh Yang Maha Esa.

Sama-sama kita renungi dan bertakafur akan kebesaran Allah swt. Tidaklah dijadikan kita bersendirian di atas muka bumi ini. Alam yang terbentang luas ini setia mendampingi kita hingga tiba saat pengakhiran buat kita semua."

Pendek kata, janganlah kita mudah rasa tertewas jika kita diuji dengan keterasingan. Tenangkan jiwa, bukakan minda agar kita mudah berfikir akan tindakan yang harus diambil. Allah swt pasti membantu jiwa yang mencari cahaya keredhaan Ilahi. Ingat, kita tidak sendirian di atas bumi ini.

Sedikit panduan bagi sesiapa yang menghadapi kesukaran dalam mencari sesuatu untuk pengisian jiwa.
  1. Bagi pengisian berbentuk kuliah, di You Tube banyak penyampaian yang disampaikan oleh mereka yang Insya Allah sedikit sebanyak dapat mengingatkan hati kita. Antara cadangan, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Azhar Idrus, Ummah Films by Ali, etc..
  2. Untuk pengisian tersusun, IKIMfm boleh di access secara online.
  3. Usrah online boleh diusahakan namun memerlukan komitmen dari ahli.
  4. Bacaan fikrah dari e-book, perkongsian melalui blog, Islamic website etc.
  5. Akhir sekali, apa-apa usaha yang boleh mampu dilakukan dalam mencari redha Allah swt.
Kesimpulannya, sama-samalah kita mencari redha Allah di mana jua kita berada. Insya Allah, ganjarannya pasti ada di situ.

Pesanan buat ana yang penuh dengan dosa. Astaghfirullah.. Sama-sama kita beramal.. =)

p/s: Who will be the next naqibah?

JANGAN TANGGUH LAGI
Saturday, April 10, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:

Masya Allah.. Betapa pantasnya masa berlalu. Rabiul Akhir mula menjelang pengakhirannya. Tinggal 4 bulan untuk kita kembali bertemu Ramadhan 1431 H pada tahun ini. Ana merasakan bagai baru sahaja selesai bergembira di Ramadhan tahun lalu. Ya. Itulah hakikatnya yang kita perlu terima apabila matahari sedang melakukan persediaan untuk memenuhi perintah Allah swt agar terbit di sebelah Barat.

Dunia sudah di penghujung usia.

Apabila ana bersendirian, ana cuba untuk memikirkan apa yang telah dilakukan untuk memastikan redha Allah swt, sentiasa memayungi hidup ana yang serba kekurangan ini. Persoalan-persoalan yang lahir membuatkan ana tidak mampu untuk duduk tenang malah kegelisahan akan menghantui diri.

Apakah cukup hujah yang dapat ana sediakan agar syurga Allah swt perlu diganjarkan buat diri ana yang serba lemah? Atau adakah ana masih tidak melakukan apa-apa persediaan untuk bertemu dengan-Nya?

Ya. Kita sebagai manusia dilahirkan di atas muka bumi ini bukanlah untuk bersenang-lenang menikmati nikmat yang Allah swt kurniakan tanpa memikirkan langsung akan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh kita semua. Pastinya tanggungjawab untuk terus mengabdikan diri terhadap Allah swt yang wajib disulami dengan amanah sebagai khalifah harus kita lakukan. Kita sudah kesuntukan masa untuk menangguhkan amanah dan tanggungjawab ini!!!

Hati ana pasti kecut apabila ana diperingatkan oleh naqibah kesayangan ana akan persoalan sampai bila harus kita mengatakan tidak bersedia? Tidak bersedia untuk apa? Untuk memikul tanggungjawab dan amanah kita. Adakah ianya ketika ajal sudah di hujung kaki?

Kita sudah tidak dapat berdiam diri. Lakukanlah sesuatu agar timbangan Al-Mizan bisa memberatkan ganjaran amalan untuk ke syurga.

Enti sudah tidak punyai masa, Asmaa'...

p/s: Hidup kita umpama sebuah peperangan. Hanya kemenangan atau syahid menjadi ukuran.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...