USRAH KITA
Tuesday, February 23, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: , ,

"Awak tak join usrah?"
"Tak nak la. Bosan la usrah-usrah ni. Balik-balik dengar tazkirah. Malas la."


Kadang-kadang inilah situasi yang terpaksa dihadapi oleh para daei dan situasi ini juga menunjukkan salah tafsiran terhadap peranan usrah ataupun halaqah itu sendiri. Perspektif yang menyatakan bahwa usrah itu hanyalah suatu majlis ilmu yang formal atau sesuai ditafsirkan sebaga suatu kondisi yang hanya melibatkan aktiviti mendengar tazkirah atau peringatan dalam circle sahaja adalah salah! Peranannya berkali-kali ganda lebih dari itu meskipun majlis ilmu juga merupakan salah satu pengisian di dalam usrah.

Miss the moment so much..

Konsep usrah yang melibatkan tiga rukun itu haruslah difahami dengan jelas oleh para daei dan mad'u itu sendiri. Keterikatan antara ahli usrah seharusnya terpaku erat dengan ikatan ukhuwwah yang hanya bersandarkan kasih sayang kerana Allah swt. Kejayaan untuk mewujudkan rasa mahabbah(kasih sayang) sesama ahli itulah melambangkan keberkesanan usrah itu sendiri. Bila adanya mahabbah itu, lahirlah rasa bertanggungjawab di antara satu sama lain dan di sinilah peranan setiap ahli usrah dapat diperlihatkan. Saling membantu apabila ahli yang lain membutuhkan pertolongan, menasihati apabila perlu, bersama-sama menghadapi masalah dan pelbagai lagi peranan yang sepatutnya berlaku di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Situasi ini akan berterusan apabila pembentukan usrah itu berkembang dan berkembang. Dan, jiwa yang terikat ini pastinya tidak akan putus walaupun ahlinya terpisah antara benua.

Ana mengakui bukan mudah untuk mencapainya dan ana sendiri pun masih belajar untuk mewujudkan jiwa-jiwa yang tersimpul dengan keredhaan Allah swt. Namun, kesukaran itulah yang menjanjikan kenikmatan pada akhirnya. Dan hasilnya, ramai yang berjaya melakukan penghijrahan dan kasih sayang yang dibina masih dirasai sehingga ke hari ini.
Semoga kerinduan yang lahir ini adalah semata-mata kerana Allah!

p/s: Kak Asmak call ana hari tu.. Miss her so much..
Sab, kita buat reunion kat PD lah ye..

DIA SENTIASA BERSAMAKU
Sunday, February 21, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:


Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar

Song: Always Be There by Maher Zain

PANASNYA
Saturday, February 20, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

"Panasnya. Kan bagus kalau cermin kereta ni di'tinted'kan. Tak delah silau sangat," ana mengeluh sambil cuba mengelakkan perit mentari daripada menembusi mata.
"Dulu, kaklong ingat tak sewaktu kita naik van lama kita. Pintu yang hampir tercabut, kadang-kadang berbunyi. Tapi, masa tu, kita tak pernah mengeluh. Selalu sabar, redha dengan pemberian Allah,"abuya yang duduk di sebelah mengingatkan kami akan kehidupan kami suatu ketika dahulu.



Ana cuba mengimbau kenangan kami sekeluarga yang pernah hidup dalam kehidupan yang penuh dengan kesederhanaan. Kami pernah hidup dengan sebuah kereta second hand yang mampu memuatkan kami enam adik beradik ditambah dengan kedua ummi dan abuya di seats hadapan. Susahnya hidup ketika itu sehinggakan kami tidak pernah terfikir untuk tidur di hotel, makan di restoran ataupun hotel dan pergi ke tempat-tempat yang mewah. Namun, jiwa yang sabar tetap mengisi kebahagiaan kami sekeluarga. Kini, kesenangan telah mewarnai hidup kami sekeluarga walaupun tidak semewah pemilik stesyen minyak bank ataupun pemilik syarikat perniagaan yang besar. Lebih-lebih lagi urusan pembelajaran ana sedikit sebanyak ditanggung oleh MARA dan adik ana oleh JPA. Tinggalnya adik-adik yang masih bersekolah. Allah menguji kami dengan sifat bersyukur dengan nikmatNya yang tiada tandingan. Ana terdiam mengakui akan kebenaran pesanan abuya. Perjalanan kami ke stesyen bas untuk menghantar kepulangan adinda ke Intec, Shah Alam dipenuhi dengan peringatan dari ayahanda tercinta akan ujian kesenangan yang Allah swt berikan kepada hambaNya.



Kita sering lupa bahawa ujian Allah swt itu pelbagai. Sama ada susah ataupun senang. Itu semua ujian buat kita di atas dunia ini. Ada orang diuji dengan kemiskinan, kesakitan, kekecewaan dan kematian. Ada pula yang ujiannya adalah kekayaan, kesihatan yang baik, kegembiraan dan kejayaan demi kejayaan! Pendek kata hidup manusia tidak akan terlepas dari ujian. Tinggalnya kita untuk memilih sama ada menjadi orang yang sabar dan bersyukur atau mudah berputus asa dan kufur dengan nikmat Allah swt.

"Jika kamu bersyukur atas nikmat-nikmatKu, Aku akan tambahkan lagi nikmat-nikmatKu. Namun, jika kamu kufur akan nikmat itu, ingatlah sesungguhnya azab Aku amat pedih." (Surah Ibrahim : 7)

Ya Allah, masukkanlah diriku ini dalam kalangan hambaMu yang sabar dan bersyukur

p/s: Semoga Allah memberi kekuatan dan kesejahteraan buat Mak Uda sekeluarga. Tidak lupa buat pejuang-pejuang Islam yang sering dihujani dengan mehnah dan tribulasi di medan kebenaran, ingatlah bahawa redha Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

PEDIHNYA MUJAHADAH INI
Monday, February 08, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

Hari-hari yang berlalu,
Tiada mungkin akan kutemui lagi,
Peritnya hati menanggung dosa di hati,
Lantaran dunia mengaburi jiwa yang sepi.

Mudahnya aku tewas,
Di jalan mujahadah ini,
Yang sememangnya penuh dengan liku cabaran yang menanti,
Di manakah jiwaku yang kental dahulu,
Di manakah janjiku yang setia dahulu,
Untuk terus menongkah arus perjalanan ini,
Untuk terus mencari cintaMu Ya Rabbi.



Aku kini,
Mengenang kembali,
Akan kenangan di jalan mujahadah dahulu,
Kerinduanku akan nikmat perjuangan itu,
Disebalik keperitan yang kualami,
Membawaku bertemu redha Mu, Ya Ilahi.

Apakah masih ada buatku peluang itu?
Untuk aku kembali ke perjuangan diri,
Menentang cinta duniawi,
Yang hanya penuh dusta buat diri,
Cinta manusia,
Cinta harta,
Cinta yang palsu semata-mata,
Yang tidak menjanjikan apa-apa,,
Di akhirat yang setia menanti.

Entah kenapa,
Di saat kekusutan ini,
Dapat ku lihat,
Masih ada sinar buat diri ini,
Untuk kembali ke mujahadah diri,
Agar dapat ku temui,
CintaMu Ya Rabbul Izzati,
Hidayah Allah peneman diri.

Kuatkanlah dirimu,
Cekalkan hatimu,
Sabarkanlah jiwamu,
Di medan perjuangan ini,
Wahai mujahidah Islam yang sejati,
Sesungguhnya,
Janji Allah,
Itulah yang dinanti,
Di syurga yang kekal abadi.

Nukilan: Mawar Berduri

JOM MEMASAK...
Tuesday, February 02, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:

Tidak tahu mengapa kali ini ana ingin berkongsi mengenai falsafah memasak. Ya. Memasak yang selalu disinonimkan dengan golongan hawa. Ana rasa dalam banyak-banyak kerja rumah yang perlu dibuat memasaklah yang paling banyak memberikan kepuasan. Mana tidaknya, memasaklah satu-satunya kerja yang tidak memerlukan pengulangan kerja yang sama jika dibandingkan dengan mengemas, menjemur kain dan kerja-kerja lain yang biasa dilaksanakan di rumah. Hari ini masak nasi ayam. Esok pastinya lauk lain yang menanti. Apa yang pasti, dengan memasak kita mampu meransang sel-sel otak untuk terus bergiat secara kreatif dan kritis.

......................................

Sup tulang

Mungkin sesetengah daripada kita memandang isu memasak ini tidak relevan untuk diperkatakan memandangkan bercambahnya restoran-restoran yang menyediakan juadah yang pelbagai jenis. Tinggalnya, pilih sahaja yang mana satu. Kalau tidak pun diserahkan tugas ini kepada bibik. Namun demikian, pernahkan kita terfikir akan isu kekeluargaan yang sudah kerap diperkatakan hari ini ada kaitannya juga dengan memasak? Walaupun impaknya mungkinlah tidak sebesar hal yang lain, namun sedikit sebanyak, elemen memasak ini mampu membantu dalam membentuk kondisi kasih sayang di dalam sesebuah keluarga lantas menjadi salah satu faktor yang mendorong ke arah kebahagiaan.

"Umi, hari ini umi nak masak apa ye?" tanya si anak pada ibunya. Lantas dijawab dengan penuh kasih sayang oleh si ibu, "Hari ini umi nak masak laksa Penang. Muhammad suka tak?" Dijawabnya kembali oleh si anak, "Mestilah suka, sebab umi yang masak. Umi masak sedap-sedap ye."

"Wah, sedapnya. Kalau hari-hari macam ni, gemuklah abang,"bicara seorang suami terhadap isterinya di meja makan. Si isteri merah pipinya menahan malu kerana dipuji oleh suaminya di hadapan anak-anak.

Laksam Ganu memang best

Perbualan ini hanya mampu dizahirkan oleh mereka yang memandang tinggi akan perihal memasak dan melaksanakannya dengan ikhlas. Memasak dan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga merupakan antara amalan yang telah diwariskan oleh nenek moyang kita dan menjadi petua pengikat kasih sayang keluarga bagi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah jika dilihat masalah rumahtangga amat jarang untuk diperkatakan suatu ketika dahulu.

Suasana yang serba maju hari ini melihat akan penterlibatan kaum hawa di medan pekerjaan. Kesibukan bekerja mungkin menjadi alasan untuk menafikan amalan yang dibincangkan ini. Tidak. Cubalah untuk tidak menjadikan ini sebagai alasan. Jika tidak mampu untuk menjadikannya sebagai amalan wajib setiap hari, laksanakanlah pada setiap hujung minggu atau pada waktu jika ada kelapangan. Mustahillah tiada cuti dalam seminggu, hatta sesibuk seorang doktor pun ada shifnya (mungkin waktu housemanship dapat dikecualikan). Janganlah kerana sibuk mencari rezeki, perkara yang penting kita gadaikan.

Mungkin pula ada yang menyatakan, "Kalau macam tu, perempuan tak payah bekerjalah?" Bukan dan ana menafikannya. Soal bekerja atau tidak itu terpulang pada masing-masing. Soalnya di sini ialah perihal kesungguhan untuk meluangkan masa bagi menjalinkan kasih sayang terhadap ahli keluarga melalui salah satu mediumnya iaitu memasak. Dan yang pastinya hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Ana suka untuk memberikan contoh daripada salah seorang sahibah yang merupakan seorang doktor gigi di sebuah hospital kerajaan. Ana memanggilnya Mak Cik Laila. Jika kita bayangkan kesibukannya memanglah ana tidak dapat nafikan apatah lagi tempat kerjanya adalah di hospital kerajaan. Namun, apa yang ana kagumi ialah kemampuannya untuk meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak di hujung minggu malah mampu untuk memasak untuk mereka. Ya, ini memang benar-benar berlaku dan merupakan suatu yang realiti.

Kesimpulannya, apa yang ingin ana tekankan dalam perkongsian ini adalah kesungguhan untuk menunaikan amanah dalam baitul muslim yang dibina. Fitrah seorang isteri mahupun ibu untuk lebih rapat dengan anak-anak usahlah kita nafikan. Memasak mungkin suatu elemen yang kecil namun hakikat disebaliknya adalah besar iaitu kepentingan menyalurkan fitrah keimanan kepada ahli keluarga dan soal keberkatan yang dipandang enteng oleh kita semua. Peringatan ini yang pentingnya berbalik kepada ana yang serba lemah ini dan diharapkan mampu menjadi perkongsian buat sahabat sekalian. Mungkin sebagai perkara untuk difikir-fikirkan sebelum pembinaan masjid dijalankan. Sekian untuk kali ini. Jom kita fikirkan.

p/s: credit to all sisters kat oversea... memasak dah jadi sesuatu yang perlu... buat adik-adik yang sedang cuti spm, jangan lupe belajar memasak juga ye... jangan asyik ambil lesen je..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...