HARI TERAKHIR..
Friday, May 29, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Hari ini adalah hari terakhir diriku di KMS, bumi yang banyak memberikan kenangan dan memori yang pastinya tidak dapat dilupakan. Usai solat subuh buat kali terakhir, kami(jemaah muslimat) meneruskan bacaan Al-Mathurat dalam halaqah bersama-sama. Diri ini diminta untuk menitipkan kata-kata yang terakhir sebagai tazkirah untuk pagi ini. Sedikit sebak di dalam hati bila mengenangkan sahabat-sahabat yang akan ditinggalkan..

p/s: Sejuta penghargaan buat yang sudi menemani diri ana sepanjang seminggu ini. Buat sahabat yang sempat ana jumpa di surau (Farah, Ain, Aisyah Mardhiah, Siti Aisyah, Farah Nabilah dan Namirah), ingat wasiat ana...he.. Tidak dilupakan, Samihah yang sudi ambilkan makanan dari ds untuk ana, terima kasih.

SEBUAH PERTEMUAN
Tuesday, May 26, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Semalam, Allah telah memberikan nikmat yang tidak terhingga buat diri ana. Dipertemukan dengan sahabat yang banyak memberikan inspirasi dalam meneruskan amanah Rasulullah s.a.w. untuk menegakkan daulah Islam di atas muka bumi ini. Semangat dalam dirinya selari dengan nama empunya diri. SYAHIDAH FARHANA BINTI SHAFIE. Perkongsian selama 2 jam amat singkat buat diri ini yang merindui kata-kata yang dipenuhi dengan nasihat dan dorongan dari seorang sahabat yang hatinya hanya terikat dengan perjuangan Islam.

Buat Syahidah, ana rindukan pertemuan semalam. Meskipun baru dua pertemuan, ana dapat merasakan kita bagaikan sudah lama bersahabat. Ana mengharapkan melalui persahabatan ini, kita berdua termasuk dalam golongan mereka yang mendapat perlindungan daripada arasy Allah di akhirat kelak. Mereka yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah..

p/s: Syafakillah ya ukhti. Semoga enti meneruskan perjuangan setelah Allah mengurniakan kesembuhan dari ujianNya. Jangan lupa jemput ana masa walimah enti nanti...

GRAND DINNER BUKTI SEGALANYA...
Monday, May 25, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Alhamdulillah.. Berlalu sudah satu tanggungjawab untuk menguruskan grand dinner. Namun, sedikit terkilan di hati apabila pengharapan untuk melihat tiadanya perkara-perkara yang berlawanan dengan syarak daripada berlaku tidak tercapai.

Ya Allah, ampunilah hambaMU ini kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk
menghalangi semua ini.

Pada mulanya ana tidak menyedari akan semua ini namun apabila melihatkan sahabat-sahabat yang pernah berada dalam tarbiah turut terlibat, ana merasakan adanya sesuatu yang tidak kena dengan pentarbiyahan mereka. Sedih, malu dan kecewa. Itulah yang dapat ana gambarkan akan perasaan yang ada dalam diri ini.

Mungkin ada di antara sahabat yang mahu ana berterus terang akan apakah yang membuatkan ana begitu terkilan namun, ana lebih selesa dengan tidak menjelaskannya. Bukanlah gentar, tetapi strategi dakwah perlu diutamakan.

Buat sahabat-sahabat sekalian, ingatlah, kita masih di bumi Malaysia. Bumi di mana masih adanya mereka yang mengambil berat tentang diri kita, masih ada yang menasihati kita dan masih ada yang nak menegur kita apabila kita tersasar buat seketika. Akan tetapi, adakah perkara yang sama akan berlaku apabila kita di luar negara? Cuba bayangkan, baru diuji dengan perkara yang kecil di sini, kita sudah terlalai, bagaimana pula dengan berjuta-juta dugaan di sana? Bukanlah ana mendoakan akan semua ini, tetapi tidak salahlah ana memperingatkan untuk diri ana yang lemah ini dan sahabat-sahabat sekalian.

p/s: Jazakumullah buat semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menguruskan majlis perpisahan kita..
Terima kasih juga buat yang sudi mengedit gambar. Semoga Allah membalas atas usaha yang dilakukan..

PERLUKAH IA?
Friday, May 15, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Salam kembali..

Ribuan kemaafan dipohonkan di atas kerehatan yang berlaku untuk ana menitipkan tinta di sini. Final exam yang dilalui terpaksa diberi keutamaan. Itulah ujian yang terpaksa dilalui oleh kita semua di mana cabaran untuk memilih perkara-perkara yang perlu diutamakan.

Menjelang berakhirnya musim peperiksaan ini, kesibukan mula berlaku. Jawatankuasa untuk menguruskan grand dinner telah dibentuk dan diri yang serba kekurangan ini telah dipilih untuk menyertainya. Pada mulanya ingin juga menolak memandangkan keletihan semasa berada di lapangan MPP cukup menghantui diri. Namun, bila memikirkan akan usaha dakwah yang perlu dilakukan, cabaran itu harus diterima. Semoga Allah memberkatinya.



Bila menyentuh soal kesibukan yang terpaksa dilalui ini, kadang-kadang ana terfikir, akan adakah suatu ketika di mana kesibukan itu tidak berlaku? Mungkin sesetengah daripada kita merasakan dengan tidak terlibat dalam mana-mana usaha dakwah sama ada melalui persatuan, gerakan mahupun jemaah, mereka dapat lari dari kesibukan. Pada diri ana, hal ini tidak akan berlaku dan tidak logik untuk berlaku bagi mereka yang benar-benar beriman dengan ayat 110 dari Surah Al-Imran. Mana tidaknya. Mereka yang tidak melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung di dalam usaha dakwah ini sebenarnya lebih terdedah dengan kesibukan yang berkali-kali ganda.

Mereka terpaksa memikirkan soal apakah yang perlu dijawab sekiranya ditanya suatu hari nanti akan apakah usaha yang telah dilakukan untuk Islam. Mereka juga harus memikirkan apa yang perlu dilakukan pada masa-masa lapang agar tidak terisi dengan perkara-perkara lagha yang akan terus menjerumuskan mereka dalam dosa kian menimbun di dalam diri. Banyak lagi persoalan-persoalan yang akan terpaksa dilalui dan yang pastinya adakah kita mampu menjawab setiap persoalan itu?

Oleh itu, ana menyeru diri ana dan para sahabat sekalian, janganlah merasakan kesibukan itu suatu yang harus dihindari. Walaupun kadang kala kita merasa penat atau sesuailah ana istilahkan sebagai tension dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan, sahabat-sahabat di bawah fikrah yang sama pasti memahaminya dan sokongan dari merekalah selain kebergantungan kepada Allah s.w.t yang akan menguatkan kita. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(10) (Iaitu) kamu beriman kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.(11)"

(Surah As-Saff : 10&11)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

(Surah Muhammad : 7)

p/s: Good luck to all A-Level students for the coming final exam. Do pray to Allah and remember that, with His blessing only you will able to succeed.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...