MEREKA BAWA MALAIKAT RAHMAT..
Tuesday, October 06, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Kehadiran sahabat-sahabat yang disayangi ke rumah ana yang sederhana ini membuatkan ana tidak mampu menahan sebak di dada. Sebaik sahaja ana mengetahui kehadiran mereka, air mata ana tidak dapat dibendung meskipun cuba untuk ditahan. Mujurlah tidak disedari oleh mereka. Menangis bukanlah tanda ana sedih dengan kehadiran mereka, malah ana terharu dengan pertemuan ini. Pelbagai cerita dikongsi bersama. Bahagianya di hati tidak terkira.

Husna
: Sibuk bercerita tentang pengalamannya mengajar di sekolah. Katanya ada ustaz yang dah berkenan kat dia. Semoga perkahwinan Husna menjadi perkahwinan yang pertama di antara kami.
Hanisah: Nisah meluahkan rasa geramnya pada masalah di rumahnya. Sabar ye Nisah.
Wan: Kejadian di MARA diceritakan dan itulah hakikatnya yang berlaku pada ana dan sahabat yang lain juga. Nampaknya sabar juga penyelesaiaannya, Wan.
Rose, Enna, Yana: Sempat berjumpa di hadapan gate. Guard tak bagi masuk. Insya Allah, bila-bila boleh datang. Rumah ana sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja, tapi yang mahram dengan ana je.

p/s: Nampaknya kena beli toto, buat spare kalau-kalau ada sahabat yang sudi berkunjung ke rumah.

SATE DAN SOTO
Monday, October 05, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Open house dan ziarah menziarahi merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan apabila Hari Raya menjelang tiba. Baru-baru ini ana berkesempatan menghadiri open house yang diadakan di rumah salah seorang kenalan ana yang diadakan secara sederhana namun penuh dengan keceriaan dan kemesraan di antara kami.

Kekenyangan yang tergambar pada wajah kami.

Majlis yang diadakan membawa kepada pertemuan-pertemuan baru yang mengikat ukhwah di antara kami. Thank you very much friends for your invitation.

p/s: Teringat jamuan hari raya di KMS.
.

JANGAN LUPA LIRIK!
Friday, October 02, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Lagu nasyid ini dititipkan buat para mujahid Islam yang sedang sibuk mengatur langkah agar daulah Islam kembali menyinari bumi Allah ini.. Sama-sama kita hayati liriknya. Allahuakbar!!




Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai ansarullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji rabbi

Selamatlah ***** ***** melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan al-quran dan sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah(3x)

-Shoutul Amal-

p/s: Jangan lupa lirik! Dua perkataan apakah yang terletak pada * dan apakah judul nasyid ini....=) Hadiah lumayan menanti anda.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...