IZZAH
Friday, September 25, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Malam terakhir di kampung sebelum kami kembali ke tempat masing-masing, usrah penutup telah kami adakan bagi memastikan hati-hati kami sesama ahli keluarga tetap terikat dengan jambatan keimanan. Ana berkesempatan untuk berkongsi sedikit peringatan yang telah ana peroleh semasa mengikuti usrah di KMS mengenai rasa izzah terhadap agama Islam.

Pelancaran KEMPEN BIAH SOLEHAH di KMS. Kini menjadi kenangan...

"Jika dilihat akan suasana masyarakat Islam pada hari ini, kebanyakan daripada kita semakin lama semakin jauh daripada ajaran Islam yang telah dibawa oleh junjungan besar Rasulullah saw. Budaya barat semakin serasi dalam kehidupan. Mungkin sebelum ini, kita melihat keadaan ini dari kacamata hiburan semata-mata. Namun demikian, di dalam suasana yang serba mencabar pada hari ini, budaya tersebut telah mula meresap dalam pelbagai aspek yang lain di dalam kehidupan seharian kita. Contoh yang mudah, waktu tidur di malam hari sudah bertukar menjadi siang dan sebaliknya. Tabiat kelawar di dalam diri masyarakat kita sudah semakin menjadi-jadi.
Mengapa ini dikatakan kesan daripada pengaruh barat? Masyarakat di sana mengisi waktu malam mereka dengan menziarahi pub-pub bagi melepaskan tekanan setelah bekerja teruk di siang hari sedangkan dalam Islam, kerehatan yang sempurna dapat diperoleh apabila berehat bersama-sama dengan keluarga, bertahajud di malam hari dan banyak lagi perkara yang menjanjikan ketenangan. Terdapat banyak lagi contoh lain yang realitinya berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Kesan daripada keadaan ini, lahirlah pelbagai masalah yang akhirnya membawa Islam semakin jauh dari kita dan yang pastinya masyarakat lain mungkin akan memandang jelek pada Islam. Nauzubillah..
Inilah akibat tiadanya rasa izzah terhadap apa yang diaturkan oleh Allah di dalam agama Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah. Bagi kita yang telah Allah berikan hidayah untuk merasai kemuliaan Islam, tingkatkan usaha kita untuk mempamerkan Islam yang sebenar pada diri kita. Biarlah orang dapat memandang Islam melalui diri kita. Pergaulan, percakapan, pemakaian dan segala-galanya hendaklan menurut aturan syarak. Bersama-samalah kita menjadi duta rasmi terhadap agama Islam yang kita cintai."
Wallahua'lam..

p/s: Nasihat buat diriku yang lemah ini jua.. Semoga Allah tidak memasukkan diriku dalam golongan yang mahu menjadi kelawar.

LENSA AIDILFITRI
Wednesday, September 23, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Hari-hari terakhir sebelum Ramadhan meninggalkan kita.

Suasana Aidilfitri di desa tercinta.

p/s: Raya kali ni, penuh dengan baby-baby yang comel.. Bahagianya..

RAMADHAN BERLALU, SYAWAL MENJELMA
Wednesday, September 16, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Ramadhan kian berlalu meninggalkan kita. Masih berbaki 3 hari untuk kita merasai peluang yang sukar untuk diperoleh pada bulan yang lain sebelum Syawal menjengah tiba. Manfaatkanlah saat-saat yang masih ada ini untuk kita memaksimumkan segala amal ibadat kita. Semoga Syawal yang menjelma menjadi titik tolak untuk kita menjadi seorang Muslim yang telah mendapat kejayaan yang cemerlang setelah melalui tarbiah selama sebulan di madrasah Ramadhan.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat yang mengikuti blog ana yang tak seberapa ini, ahli keluarga dan sanak saudara yang dikasihi, guru-guru, sahabat-sahabat di perantauan dan di bumi Malaysia, sahabat-sahabat seusrah dan tidak dilupakan buat adik-adik di KMS. Ana menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sama ada yang ana sedari mahupun tidak. Bersama-samalah kita menyambut kemenangan ini dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah swt!

p/s: Nampaknya kali ini kena save duit raya untuk buat open house.

SYAHID DI BULAN RAMADHAN...
Tuesday, September 15, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Bersama-samalah kita menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat seorang sahabat kita, warga Palestin yang merupakan student di UIA kerana telah menemui syahidnya di bulan yang penuh barakah ini. Beliau yang juga ahli Al-Aqsa Society ditahan sebelum ditembak 6 kali oleh tentera Israel ketika ingin memasuki masjid untuk menunaikan solat. Kepulangan ke tanah air untuk menemui keluarga tercinta membawa seribu rahmat buatnya apabila Allah telah mengangkat darjatnya sebagai seorang syuhada' di dalam Ramadhan yang penuh kemuliaan.

p/s: Jazakallah buat sahabat yang menyampaikan berita. Syahid menjadi hadiah buat beliau. Bila lagi giliran kita?

MALAYSIA VS TANZANIA
Friday, September 11, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Mungkin sesetengah daripada kita agak sensitif apabila persoalan mengenai adakah Malaysia merupakan sebuah negara Islam ditimbulkan. Mungkin ada yang akan melenting apabila yang menimbulkan persoalan itu adalah rakyat ataupun warganegara Malaysia itu sendiri. Namun demikian, bagaimana pula jika persoalan itu ditimbulkan oleh mereka yang bukan warganegara kita?

Ana telah dikurniakan dengan seorang kawan yang juga merupakan coursemate ana yang berasal dari Tanzania. Ana senang memanggilnya Fay. Suatu petang, sedang kami menunggu bas sambil berborak panjang, Fay tiba-tiba meluahkan sedikit rasa terkilannya.

"At first, I thought Malaysia is a very Islamic country and it would seem as my own country. But, when I came here, I was really shocked! You know why? How come in this Islamic country, people are allowed to wear that kind of clothes ( merujuk kepada mereka yang berpakaian tetapi hakikatnya.....)," Fay cuba membangkitkan persoalan sambil matanya mengarahkan seorang perempuan lalu di hadapan kami.

Mana tidaknya, di Tanzania, sesiapa yang berpakaian tetapi tidak elok pada pandangan mata, pakaian mereka akan ditanggalkan di hadapan orang ramai walaupun bagi yang bukan Muslim. Ana hanya tersenyum, tidak mampu untuk menjawabnya. Tidak dapat bayangkan jika perkara yang sama berlaku di Malaysia. Pasti isu ini akan menjadi hangat malah lebih hebat lagi daripada isu persidangan dewan rakyat yang berlaku di negeri Perak, mahupun isu hukuman sebatan untuk sahabat kita di Pahang.

Apa yang pasti, post ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa malah apa yang sepatutnya, semua pihak perlulah mengambil pengajaran dari setiap apa yang berlaku.
Sama-samalah kita fikirkan...

p/s: Mungkin ana kena bersiap sedia dengan jawapan andai selepas ini timbul pula persoalan-persoalan yang lagi dasyat daripada soalan TOK.

KIRIMAN DARI PERANTAUAN
Wednesday, September 09, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Setiap kejadian alam mampu memberikan seribu pengertian bagi setiap manusia. Sekuntum mawar yang berduri mungkin tidak memberikan apa-apa makna bagi sesetengah pihak, namun bagi ana, mawar berduri menjadi simbol di atas pendirian yang ana pegang hingga ke hari ini. Insya Allah.

Buat sahabat-sahabat yang disayangi di Iowa, terima kasih di atas kiriman mawar indah yang tersimpan durinya yang tajam disebalik balutan yang meliputi bahagian yang mampu mencederakan mereka yang menduga.

Ingatkan bunga plastik, rupa-rupanya bunga hidup..

Sejambak bunga yang telah mencetuskan kontrovesi..

p/s: Zaman dah berubah. Dulu orang kirim kad raya bila nak Hari Raya. Hari ini, orang kirim bunga. Suatu hari nanti, mungkin kereta pulak yang jadi pilihan...

RAMADHAN BULAN SILATURRAHIM..
Sunday, September 06, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Ramadhan kali ini penuh dengan warna-warna yang menceriakan suasana yang penuh barakah. Berbuka puasa beramai-ramai(iftar jamaie) bukanlah suatu yang asing lagi bagi umat Islam. Tidak kiralah bersama sahabat, housemates, keluarga mahupun dengan mereka yang mungkin baru kita kenali. Itulah indahnya Ramadhan. Ikatan silaturrahim diperteguh, ibadah diperkukuh.

Ukhwah terbina di bulan Ramadhan tidak mengira batas usia. (Dari kiri: Makcik Ho, Makcik Mala, Makcik Noni dan sahibah-sahibah yang dikasihi)

Ramadhan kali ini juga mempertemukan ana dengan adik-adik dari KMS dan IPRM. (Dari kiri: Mai, Farha, Dila)

Tikah, sepupu yang sentiasa ceria. Disebelahnya, adik ana. Kehadiran ayahsu dan alang sekeluarga menggamatkan suasana berbuka puasa.

Nasi beriani membuatkan kami tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa.

Ini pula sajian yang mampu kami sediakan sewaktu berbuka puasa bersama housemates dan beberapa sahabat yang lain.

p/s: Ana tak berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga di Terengganu pada Ramadhan kali ini. Hu~

USIA KITA DI BULAN BARAKAH..
Saturday, September 05, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Kadang-kadang bila memikirkan usia yang sudah mencecah 20 tahun, suasana Ramadhan pastinya tidak sama dengan diri di usia 12 tahun. Tika itu, percikan bunga api dan dentuman bunyi mercun menghangatkan Ramadhan dek ketidaksabaran untuk menemui Aidilfitri. Bagaimana pula sambutan terhadap Ramadhan bagi kita diusia remaja, dewasa mahupun golden age(bak kata Dea Len, my coursemate). Adakah masih seperti kanak-kanak yang mengitung hari untuk meninggalkan Ramadhan, ataupun mengisi bulan barakah ini dengan amal ibadah bagi memenuhi amanah terhadap iman kita?
Kuih-kuih raya sudah mula dijual ketika Ramadhan belum pun melepasi sepuluh hari.
Orang ramai memenuhi Jalan TAR di samping kedengaran bunyi lagu-lagu hari raya yang berkumandang.

p/s: Ana juga bimbang dengan diri ana yang masih memerlukan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ini pencetus kekuatan kepada hamba-Mu ini.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...