Wednesday, August 26, 2009
by MAWAR BERDURI in
Labels:
PERJUANGAN
Ramadhan makin berlalu dan telah mula menjengah fasa kedua di mana keampunan Allah dijanjikan pada hamba-hambaNya yang mengambil peluang untuk mendapatkannya. Fasa kerahmatan sudah hampir meninggalkan kita dan persoalannya adakah kita berjaya merebut nikmat kasih sayang Allah yang tiada tolok bandingannya. Alhamdulillah, walaupun pelbagai ujian yang terpaksa dilalui, Ramadhan selama 6 hari berjaya diharungi walaupun kadang kala ana terkenangkan saat menyambutnya pada tahun-tahun sebelum ini. Benarlah apa yang dikatakan Ramadhan itu merupakan satu madrasah yang penuh dengan tarbiyah. Pendidikan jiwa mahupun jasad memenuhi segenap kegiatan kita.
Kenangan majlis berbuka puasa nuqaba' di KMS. ............................................
Sepanjang menjadi warga UniSA, ana kian terdedah akan situasi yang bakal ana hadapi di alam kerjaya suatu hari nanti. Insya Allah.. Persekitaran yang kurang Muslim, membuatkan kita bertambah matang dalam menilai akan keindahan dan kemuliaan agama Islam yang kita cintai. Alhamdulillah, ana dikurniakan dengan coursemates yang menghormati pendirian ana dalam menunaikan tuntutan agama. Mereka faham akan solat yang perlu didirikan apabila sampai waktunya, makan dan minum yang terpaksa ditahan tika berpuasa dan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan yang amat dititikberatkan dalam Islam. Suatu hari nanti, ana mungkin terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini malah mungkin lebih mencabar. Diri yang lemah ini harus diperkuatkan lagi untuk menghadapinya. Semoga madrasah Ramadhan ini menjadi wadah untuk mencari kekuatan itu.
p/s: Ana pernah dipelawa untuk mengadakan perbincangan sambil lunch di sebuah restoran Cina dan kerana menghormati rakan-rakan, ana hanya masuk untuk mengadakan perbincangan tanpa makan di situ. Namun, dek kerana melihat kegelisahan ana yang agak tidak selesa, mereka menangguhkan perbincangan untuk diadakan di library pada masa yang lain. Alhamdulillah...
Wednesday, August 12, 2009
by MAWAR BERDURI in
Labels:
LUAHAN HATIKU..
Kadang-kadang ana akan bertanya, kenapa kita mengelakkan diri daripada sesuatu? Ianya adalah disebabkan kita takut untuk merasai kehilangan. Selamat berjuang sahabatku..
PERGI…..
Sayu terpisah hikayat indah kini hanya tinggal sejarah berhembus angin rindu begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini bagaikan tiada henti kaulah laguku kau irama terindah tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi.. sepi tanpa kata terdiam dan kaku tak daya kau kulupa apa pun kata mereka biarkan kenangan berbunga di ranting usia
hujan lebat mencurah kini bagaikan tiada henti kaulah laguku kau irama terindah tak lagi kudengari
Pantun ini ditujukan khas buat tiga orang anak dara yang berkunjung ke teratakku. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membawa kerahmatan di rumahku...
Bunga kekwa tiada berduri, Di atas tanah, ditanam nyonya; Gelak dan ketawa penyeri diri, Khodijah Fatonah itulah orangnya.
Lemak manis kuih bahulu, Dibawa pergi oleh tok sami; Orangnya manis, tersenyum selalu, Siapa lagi, kalau bukan Azlikha Azmi.
Terpijak batu mengelak duri, Di Kemasik, terjumpa nyonnya; Hanisah itu, gerangan diberi, Jika diusik, emolah jadinya.
p/s: Hakcipta terpelihara. Sebarang usaha untuk meng'copy' tidak dibenarkan sama sekali dan akan dikenakan tindakan undang-undang.
Monday, August 10, 2009
by MAWAR BERDURI in
Labels:
PERJUANGAN
Satu program yang telah dianjurkan di INSPEN telah membawa ana kepada pertemuan demi pertemuan yang telah diaturkan oleh Allah buat diri ini. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga buat diri ana. Memberanikan diri ke sana seorang diri lantaran dahagakan tazkirah-tazkirah yang sukar untuk ana perolehi membawa kepada perkenalan dengan beberapa sahabat yang juga mengajak ana untuk bersama-sama dengan mereka dalam usaha dakwah yang telah mereka jalankan. "Enti jadilah wakil I Luv Islam.Com di kampus enti,"Umi yang merupakan akauntan di I Luv Islam.Com mempelawa ana untuk bersama-sama dengannya. Terima kasih, Umi. Apabila ana sudah bersedia, ana akan maklumkan pada enti. Kami bersama-sama sehinggalah KL Central memisahkan kami pada hari ini. Sempat juga ana bertukar-tukar nombor telefon dengannya. Semoga Allah mempertemukan kita semula.
Najwa yang merupakan wakil I Luv Islam.Com di UiTM. Dari kiri merupakan Umi, Kak Suhana dan Kak Atikah yang juga merupakan di antara krew I Luv Islam.Com Ini pula merupakan keadaan yang berlaku semasa di KTM Serdang.
p/s: Di stesyen KTM, kami dimaklumkan dengan masalah yang telah melewatkan perjalanan. Ramai yang terkandas di sini dan akhirnya ana dan Umi terpaksa mengalah untuk menaiki train yang seterusnya kerana tidak sanggup berhimpit dengan keadaan yang sangat sesak! Sempat juga kami berbincang mengenai masalah H1N1 yang mungkin jadi salah satu propaganda Yahudi!
Sunday, August 09, 2009
by MAWAR BERDURI in
Labels:
RENUNGAN
Sejak akhir-akhir ini masyarakat kita hangat memperkatakan mengenai virus Influanza A H1N1 atau lebih dikenali sebagai selesema b**i. Setiap hari kita didedahkan dengan peningkatan statistik bagi mereka yang telah menerima jangkitan virus ini sehinggakan WHO mengambil langkah untuk tidak membuat perhitungan mengenai jumlah jangkitan dek penyebaran yang sangat tinggi dan sukar untuk
dikawal. Namun demikian, pernahkah kita terfikir bahawa perkara yang telah digembar-gemburkan oleh segenap masyarakat ini hanyalah merupakan salah satu daripada propaganda Yahudi? Mengapa demikian?
Pada pandangan ana, isu ini sengaja dihangatkan bagi menutup segala rancangan-rancangan jahat Yahudi untuk menghancurkan umat Islam. Suatu ketika dahulu, sewaktu masyarakat dunia dihebohkan dengan selsema burung, bukankah ketika itu, negara Islam di timur tengah sedang bergolak angkara si Yahudi? Isu selsema burung itu digunakan menutup kejahatan yang telah dilakukan mereka. Nah, lihatlah sekarang, selsema burung sudah tiba-tiba hilang dan digantikan pula dengan isu selsema b**i. Isu tersebut secara tidak langsung telah menenggelamkan peristiwa yang menimpa Marwa Sherbini yang mungkin langsung tidak disedari oleh sebahagian masyarakat Islam meskipun hal ini melibatkan maruah seorang muslimah seagama dengan kita. Begitu juga dengan apa yang berlaku di wilayah Xinxiang dan di selatan Thailand. Isu Palestin pula hanya tinggal sebagai isu bermusim. Masyarakat Islam kembali memenuhi Starbuck dan Mc Donald. Begitu mudah umat Islam diperkotak-katikkan.
Oleh itu, ana menyeru diri ana dan sahabat sekalian, janganlah kita tenggelam di dalam lautan yang bisa menenggelamkan kita sedangkan dari jauh, pihak Yahudi sedang tersenyum melihat kita kalah di tangan mereka..
p/s: Sekadar pandangan peribadi.. Lepas ni selsema apa pula yang akan muncul. Selsema lembu kut.. KMS pun dah ada 4 orang yang kena H1N1.
Hari pertama di Taylor University College menggusarkan diri ana. Perasaannya jelas berlainan jika dibandingkan semasa hari pertama ana di KMS meskipun ketika itu ana juga keseorangan. Bertambah-tambah lagi keresahan apabila membayangkan analah satu-satunya pelajar Melayu Muslim yang mengambil course Applied Finance sedangkan yang lain semuanya bukan beragama Islam. Bukanlah memandang rendah kepada mereka tetapi persoalannya, apakah ana mampu untuk berada dalam kalangan mereka selama 3 tahun di sini? Tapi, yang pastinya, cabaran buat sahabat-sahabat yang lain lebih berat jika dibandingkan dengan sedikit ujian yang terpaksa ana hadapi. Semoga Allah menetapkan kita semua pada jalan yang benar.
Setelah beberapa hari di sini Alhamdulillah, Allah mempertemukan ana dengan beberapa sahabat yang sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran yang ana hadapi. Pertemuan di dalam bas telah mengikat ana kepada satu jalinan pesahabatan yang baru dengan empat orang sahabat yang tinggal bersebelahan dengan blok ana. Terima kasih buat Ida, Sa, Madi, Diyana kerana sudi menjemput ana ke rumah kalian. Untungnya, mereka semua berasal dari pantai timur! Boleh jadi teman balik kampung nanti, menggantikan Yan semasa di KMS dulu! Pertemuan di surau pula telah mempertemukan ana dengan Atikah dan dua sahabatnya. Alhamdulillah. Kini, Allah tidak membiarkan ana keseorangan di sini. Mereka mempelawa ana untuk bersama-sama dengan mereka di dalam program dakwah di sini. Benarlah kata orang, pertemuan pada suasana yang mulia, membawa rahmat dalam suatu ikatan ukhwah. Selang beberapa hari, pertemuan semula dengan Hanisah, telah mengingatkan ana kepada sahabat-sahabat di KMS. Gembira, rindu. Itulah yang dapat ana rasakan. Sejak hari itu, kami lunch bersama-sama setiap hari sambil berkongsi kenangan semasa di KMS.
p/s: Buat Kak Siti dan Kak Sakinah, seribu penghargaan buat kalian kerana sudi menerima diri ini sebagai housemate kalian.
Kehadapan roommates tercinta, Rose dan Shafa, terima kasih sebab sudi jadi roommates aku. Banyak kenangan yang aku tak dapat lupa bile teringatkan korang. Ingat tak masa kita bertiga pergi curi rak kasut n cermin kat floor atas. Kite mengendap macam pencuri.. Apa-apapun, buat Shafa, aku doakan ko jadi pakar doktor kanak-kanak yang paling berjaya kat dunia! Buat Rose, aku teringin nak tengok macam mana ko mengajar suatu hari nanti.. Terima kasih sebab bagi aku makan laksa banyak-banyak…
Buat sahabat-sahabat AS31, terima kasih sebab sudi mewarnai diri saya sepanjang di KMS. Kenangan yang ada memang banyak untuk dikenang. Dari sem pertama sehingga ke akhirnya, kita semua tidak terlepas dari memori yang diharap akan terus tersemat dalam hati kita semua. Buat Ikha, Fatin, Fatonah, Farah, Gija, Nina, Hanisah, Qilah, Min dan Asilah, aku sayang korang. Jangan lupa aku masa kat sana ye.. Buat Fatonah, mintak maaf sebab tak dapat tunaikan janji kita dan terima kasih atas segala-galanya.... Buat Emosah, Allah memang takdirkan kita bersama lagi. Terima kasih dan minta maaf sebab kena jadi PA aku.. Ops, hampir terlupa pulak. Kehadapan pakcik-pakcik dalam AS31, teruskan menjaga kesatuan kalian. Diri ini begitu suka melihat kalian sering bersama-sama walau dalam apa keadaan sekalipun. Teruskan masa kat sana ye… Hmm lagi, jaga classmates kita yang perempuan tau.. Jangan bagi mat-mat saleh tu usik diorang..
Buat Husna, Sab, Maira dan Yan, Allah memang takdirkan korang untuk aku. Korang dah banyak tolong aku. Husna, Sab, persahabatan dengan korang memang susah untuk aku dapat kat tempat lain. Masa susah dan senang, koranglah tempat aku berkongsi. Aku sayang yang teramat dengan ukhwah kita. Aku harap, kita termasuk dalam mereka yang mendapat perlindungan arasy Allah masa kat padang mahsyar nanti.. Buat Maira, kita mungkin tak kenal lama, tapi, diri ini merasakan kehadiran Maira yang seketika itu banyak mewarnai keresahan di dalam hati. Terima kasih Maira. Tidak dilupakan, buat adik ipar yang dikasihi, Yan, ko memang sahabat sekampung yang banyak tolong aku. Terima kasih sebab sudi terima aku jadi kakak ipar ko…
Wednesday, August 05, 2009
by MAWAR BERDURI in
Labels:
LUAHAN HATIKU..
Kehadapan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, apa khabar semua? Pertama-tamanya, ribuan kemaafan dipohonkan andai diri ini telah melukakan hati kalian semua. Bukanlah diri ini sengaja mendiamkan diri, Cuma mencari masa yang sesuai untuk diri ini mendapatkan kekuatan kembali. Maaf andai diri ini dianggap tidak menghargai kalian. Ujian itu agak berat untuk ana dan sehingga kini ana masih berusaha memperkuatkan jiwa agar dapat berada pada jalan kemenangan di atas dunia yang fana ini. Hampir sebulan ana tidak mampu untuk tersenyum seperti dahulu. Benarlah kata orang, memang indah memberi kekuatan kepada orang lain tetapi kekuatan itu begitu sukar untuk ditanam di dalam diri sendiri apabila ujian mula menimpa. Jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi memperingatkan diri ana dengan nasihat dan kata-kata yang sedikit sebanyak menghilangkan sebak di dada. Tidak dilupa buat guru-guru di KMS yang tidak jemu-jemu memberi kekuatan dengan kata-kata motivasi agar terus mengecapi kejayaan walaupun mungkin melalui cara lain yang telah diatur oleh si Dia Yang Maha Agung.