TANDA KASIH
Monday, November 17, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

UJIAN ITU...



Kekasih pilihan Allah dihadiahi dengan dugaan yang hebat sebagai tanda kasih sayang-Nya, tidak dibiarkan diri hamba yang dikasihi-Nya itu terlena dalam dakapan yang lazat melimpah ruah tapi dihidangkan keperitan dan susah payah yang menuntut pengorbanan yang tiada kesudahan. Semoga diri ini termasuk dalam kalangan mereka yang diredhai Allah..

p/s: Ya Allah, aku mohon agar Kau tabahkanlah hatiku ini dalam menempuh ujianMu ini.

HALUSNYA TARIKAN ITU...
Thursday, November 13, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

Salam mawaddah..

Perjuangan itu meletakkan suatu sasaran sebagai nadi untuk menggerakkan jiwa yang tidak tegar untuk menentang tarikan-tarikan seni yang menjadi pembuka kepada gelombang kemusnahan.



Semester ke-3 merupakan semester yang amat menguji kekuatan ana sebagai seorang pelajar IB sama ada dari segi fizikal mahupun kekuatan rohani. Diri ini terkadang terasa lemah tidak bermaya lantaran tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan.


“I want all of you to submit your IA before these coming holidays. Remember that!”
“Where’s your IA, Asmaa’?”
“Asmaa’, ko dah buat TOK essay?”
“Weh, EE kena submit this week la.”
“IRP note kite tak buat lagi la.”
“Bila kena submit IA Math hah? Aku tak buat apa-apa pun lagi.”


Ana terkedu apabila teringat perbualan-perbualan yang sinonim untuk didengari akhir-akhir ini. Semuanya sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pelajar. Tugasan demi tugasan yang menghantui, benar-benar menguji kekuatan jiwa seseorang pelajar untuk berhadapan dengan realiti yang bakal dihadapi di alam pekerjaan.


“Ala, baru belajar dah mengeluh. Belum kerja lagi.”


Terdapatnya sesetengah daripada kita yang menjadikan kesibukan itu sebagai satu alasan untuk tidak meluangkan masa dengan core business kita sebagai seorang hamba kepada Al-Khaliq yang Maha Berkuasa.

Teringat firman Allah yang bermaksud, ‘Dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah’.


Dalam menghadapi kekangan masa, sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk menjadikan kesibukan kita sebagai suatu ibadah agar apa yang kita usahakan tidak menjadi sia-sia.

Niatkan segala usaha kita untuk menyiapkan tugasan yang diberi semata-mata untuk mencapai kejayaan agar kita dapat berbakti untuk perjuangan Islam sebagai salah satu thoriq(jalan) untuk mencapai keredhaan Allah. Jangan diabaikan kewajipan sebagai seorang Muslim dengan menunaikan ibadah yang wajib dengan sempurna. Al-Quran tidak ditinggalkan. Luangkanlah masa hanya 5 minit selepas solat Asar untuk mendengar hadith Rasulullah walaupun assignment masih menanti untuk disiapkan.

Jangan dek kelalaian yang dilakukan, hati kita gelap untuk menerima hidayah dari Allah. Nauzubillah...


p/s: Peringatan untuk diri ana yang lemah ini.

CINTANYA TIADA TANDINGAN..
Saturday, November 08, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:



Nusaibah Al-Humaira’ binti Omar. Serikandi yang kemerah-merahan. Lahirnya cahaya mata Kak Akhma yang ke-5 ini, menandakan lahirnya seorang lagi bakal serikandi Islam yang akan memperjuangkan syiar Islam di atas muka bumi ini. Ana tiba-tiba terbayangkan kisah Nusaibah binti Kaab yang merupakan salah seorang pejuang Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. Cintanya terhadap Rasulullah s.a.w. membuatkan beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk melindungi baginda di dalam peperangan Uhud. Kecederaan yang dialaminya langsung tidak dipedulikan. Doa Rasulullah agar beliau menjadi sahabat baginda di dalam syurga menggambarkan betapa tingginya penghargaan Rasulullah terhadap insan yang digelar Ummu Umarah. Subhanallah.. Cintanya terhadap pesuruh Allah ternyata lebih hebat berbanding cintanya terhadap dirinya sendiri. Semoga bakal serikandi ini menjadi insan sehebat Nusaibah binti Kaab.


p/s: Mambruk alaikum buat Kak Akhma sekeluarga di atas kelahiran cahaya mata yang comel...

IKATAN KEMBALI BERTAUT
Friday, November 07, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

Usrah bersama junior diadakan seperti biasa di Surau Al-Furqan. Namun, kegembiraan yang luar biasa telah kembali dirasai. Alhamdulillah. Setelah dua minggu berturut-turut terdapatnya ketidakhadiran ketika dalam perjumpaan, kali ini, Allah telah menemukan kami semua untuk bersama-sama mendapat naungan dari taman-taman syurga Allah. Berada bersama kalian; Misya(my partner), Aisyah, Min, Bella, Nabilah, Sofea, Mia, Mira, Shafeeqa, Mazni, Shu, Farah dan Niza membuatkan ana bersyukur di atas tautan yang terbina di antara kami. Terima kasih, Misya. Terima kasih adik-adik usrah Kak Asmaa’.


Keesokannya, kami mengadakan jamuan, bagi menguatkan jalinan ukhwah dan yang pastinya agar jambatan hati yang dibina atas dasar aqidah yang satu terus terpaut hingga ke akhir hayat. Amin..

“Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri” Riwayat Bukhari dan Muslim

SANTAPAN DEMI SANTAPAN.
Monday, November 03, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

Mengukir memori di jamuan makan malam bersama ahli-ahli bekas Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Mara Seremban sesi 2007/2008 di Holiday Villa.
Jutaan penghargaan buat Farah, Nihlah dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas usaha kalian untuk mengadakan jamuan ini.




Teringat kembali kenangan di kala memikul tanggungjawab yang berat sebagai Naib Presiden. Cabaran dan dugaan berjaya diharungi bersama-sama sahabat MPP yang lain di atas satu matlamat yang sama ‘Towards Mardhatillah’.

Terima kasih buat kalian yang banyak memberikan dorongan dan galakan sepanjang diri ini berada dalam lapangan kepimpinan para pelajar.
Buat adik-adikku yang sedang memegang amanah itu sekarang, laksanakan tugas-tugas dengan niat yang satu;
Lillahita’ala.
p/s: Terima kasih buat Tuan Haji Tamam, Cikgu Suwandi, Ustaz Sofi, Cikgu Foziyah, Cikgu Hasmah, Ustaz Sameer dan tidak lupa buat Puan Hashimah di atas tunjuk ajar sepanjang kami memegang tampuk kepimpinan pelajar di Kolej Mara Seremban.

SEJAUH MANAKAH DIRIKU...
Saturday, November 01, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

SAT telah berlalu. Debaran untuk menghadapinya masih berbaki malah turut diusik dengan detik-detik keputusannya akan diumumkan pada tanggal 20 November tidak lama lagi.

Perasaan ini kerapkali menghantui diri ana membuatkan kerja yang dibuat serba tak kena.

Baru diuji dengan ujian keduniaan, sudah resah menghadapinya.

Belum lagi dengan ujian yang lebih hebat sebagaimana yang dihadapi oleh Rasulullah saw dan para sahabat di saat menegakkan panji-panji Islam di atas muka bumi ini. Sebelum ini pernah juga ana mengeluh memikirkan akan peperiksaan-peperiksaan yang bakal dihadapi; SAT, TOEFL, IB.

Semuanya bagai menyesakkan fikiran ana yang bagaikan tidak terurus ini. Namun, jika difikirkan kembali betapa hinanya diri ini mengeluh akan apa yang telah ditetapkan oleh Rabbul Izzati buat hamba-Nya ini.

Sesungguhnya perhitungan yang Maha Esa, tiada siapa yang dapat menandinginya. Dia Maha Mengetahui akan kemampuan diri ini. (Surah Al-Baqarah, 286). Siapalah ana untuk mempersoalkan ketentuan yang disusun rapi oleh Allah swt.

Ampuni diriku, Ya Allah.

Ana teringat perbualan dengan abi tercinta dua hari sebelum menghadapi SAT.

“ Abuya(panggilan terhadap abi), kaklong exam hari Jumaat ni. Abuya tolong doakan kaklong ye.”

“ Insya Allah, abuya memang selalu doakan kaklong. Umi, adik-adik di rumah pun doakan kejayaan kaklong juga. Apa yang penting, kaklong jangan asyik fikirkan yang soalan-soalan tu susah. Kita buat sedaya upaya. Jangan lupa berdoa. Selebihnya, tawakkallah pada Allah. Allah tidak melihat keputusan kaklong yang keluar nanti, tapi Dia akan menilai sejauh manakah kaklong berhadapan dengan ketentuan-Nya nanti. Tidak kira sama ada diuji dengan kejayaan mahupun kegagalan.”


Sebak diri ana mendengar kata-kata daripada seorang ayah yang selalu mengambil berat akan anaknya ini.

Terima kasih abuya atas dorongan yang tidak pernah putus sejak diri ini baru mengenal A,B,C sehingga berada di Kolej Mara Seremban pada hari ini.

Air mata ana tidak dapat ditahan lagi (sedih bila tengok kawan-kawan balik ke rumah pada hujung minggu).

Kaklong rindukan kalian, keluargaku.
p/s: Tahniah buat Akhi Omar dan Ukhti Akhma yang baru dikurniakan cahaya mata kelima pada tanggal 30 Syawal 1429 H bersamaan 30 Oktober 2008. Semoga bertambah lagi bakal-bakal serikandi yang akan memperjuangkan Islam.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...