RAMADHAN...
Saturday, September 27, 2008 by MAWAR BERDURI in



Ramadhan bakal melabuhkan tirainya.. Syawal bakal muncul bersama fitrahnya.. Yang berada di perantauan, pulang ke kampung halaman menyambut ketibaan Aidilfitri bersama-sama keluarga tercinta..

Namun demikian, dalam keghairahan kita menyambut krdatangan Syawal, tanpa kita sedar, anugerah Allah s.w.t yang dikurniakan pada 10 malam terakhir Ramadhan diabaikan.. Ana teringat bait-bait lirik lagu yang didengadangkan oleh kumpulan Inteam(ana x ingat tajuk ape).

‘Sepuluh akhir Ramadhan,
dikurniakan lailatul qadar,
malam yang terbaik,
diumpamakan seribu bulan.’

Begitulah.. Besarnya anugerah Allah yang dikurniakan buat hamba-hamba-Nya sebagaimana yang difirmankan di dalam surah Al-Qadr.

Bersama-samalah kita merebut peluang akan janji Allah terhadap pelepasan daripada azab api neraka pada fasa ketiga atau pada pengakhiran Ramadhan yang bakal dirindui oleh orang-orang yang beriman tidak lama lagi..

Jangan jadikan kesibukan membuat persiapan untuk Hari Raya sebagai alasan untuk kita ponteng daripada solat tarawikh dan amalan-amalan yang lain..




p/s: tazkirah untuk diri ana juga…

SEDIH.. NAMUN DIRIKU REDHA..
Tuesday, September 23, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:



Buat sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah s.w.t sekalian…..

Tiba-tiba diri ini terbayangkan kalamullah yang tercatat di dalam Surah As-Saff, ayat 2 & 3. Adakah diriku termasuk di dalam kalangan mereka yang dimurkai Allah s.w.t. lantaran diriku tidak melakukan apa yang ku perkatakan?

Sedih. Pilu. Ku dengar desas desus yang memperkatakan tentang kesalahan yang telah kulakukan.
(Kupohonkan keampunan dari Mu, ya Allah atas apa yang telah aku lakukan.. Ku pohon jua ribuan kemaafan buat saudara-saudaraku yang berada di Palestin, mahupun di negara-negara Islam yang ditindas oleh kafir laknatullah…)

“Pendakwah kuat KMS makan Mc D!”

“Asmaa’ tulis dalam blog, suruh boikot Mc D. Tapi dia yang makan Mc D!”
(Ana x pernah tulis pasal boikot kat dalam blog ana. Ana sedih bila ada hamba Allah tu kata ana x boikot Mc D, tapi suruh orang boikot dalam blog ana.)

Sahabat… Ku tahu akan peranan seorang sahabat yang menjadi cermin bagi sahabatnya yang lain. Namun, dimanakah cara berhikmahnya? Adakah dengan memperkatakan keburukan seseorang di belakang, kita dapat menyelesaikan masalah yang berlaku?

Jika perkara itu benar, maka ia akan dikira mengumpat sekiranya orang yang diumpatnya itu sedih dan marah apabila mendengar apa yang telah diperkatakan..

Namun jika semuanya dusta, fitnahlah bahananya.
Sanggupkah kita meratah daging saudara kita sendiri atau sedarkah kita bahawa sesungguhnya fitnah itu lebih teruk dari membunuh?

Sahabat.. Diri ini mengharapkan diri kalian faham situasi ana sekarang. Behentilah dalam memperkatakan keburukan sahabat-sahabat kita yang lain. Jangan sampai apa yang kita perkatakan memakan diri kita sendiri suatu hari nanti.

Sesungguhnya doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah s.w.t.

p/s: Kupohon ribuan kemaafan di atas kata-kataku yang mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak..


Sekadar luahan hati ana yang hina di sisi Allah s.w.t.

PROGRAM SEMAIAN KASIH ISMA SEREMBAN
Sunday, September 21, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:




Tanggal 20 September yang lalu bersamaan 20 Ramadhan yang lalu, ana dan sahabat-sahabat yang lain telah diberi peluang untuk menyertai Program Semaian Kasih yang telah dianjurkan oleh ISMA bagi peringkat Negeri Sembilan cawangan Seremban. Program ini telah berjaya mewujudkan kesedaran dalam diri ana bahawa dalam kita menyelami kehidupan yang penuh dengan nikmat Allah s.w.t., terdapat juga dalam kalangan kita yang telah diuji dengan ujian yang mungkin tidak dapat kita hadapinya dengan penuh kesabaran. Tambahan pula dengan kehadiran Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi…

p/s: Jazakumullahu khairan katheera buat ahli-ahli jawatankuasa ISMA yang sudi menjemput kami bagi menjayakan program yang banyak memberikan pendedahan buat kami akan kepentingan kehidupan bermasyarakat. Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang seterusnya…

TUNTUTAN YANG MULIA
Tuesday, September 16, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:


TIPS BERKAHWIN AWAL MENURUT ISLAM (BY USTAZ HALIM)



1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.

2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masadepan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

As A Motivation For Today....
Friday, September 05, 2008 by MAWAR BERDURI in

"Feeling appreciated is one of the most important needs that people have. When you share with someone your appreciation and gratitude, they will not forget you. Appreciation will return to you many times."

Steve Brunkhorst

BERSAMA KEMBALINYA RAMADHAN YANG DIRINDUI..
Wednesday, September 03, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

RAMADHAN PERINTIS ERA PERUBAHAN

Alhamdulillah. Setelah sekian lama ana menyepi, kini ana kembali dalam usaha meneruskan lagi perjuangan yang kian lama tertangguh. Bukanlah disebabkan minat yang sudah luntur, namun kekangan masa yang tidak dapat ana elakkan menyebabkan ana tidak mamapu menyediakan ruang yang baik untuk menitipkan kata-kata di sini. Apa-apapun Insya Allah, mulai hari ini dalam meraikan kedatangan Ramadhan yang mulia, ana akan berusaha untuk mencari peluang untuk meneruskan perkongsian ini.

MANUSIA. KENAPA KITA BERADA DI SINI?

Tersingkapnya tirai Ramadhan, menyebabkan kita semua saling memperingati di antara satu sama lain akan hikmah dan keistimewaan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Sedikit sebanyak, kita akan cuba mempertingkatkan amalan kita agar peluang yang Allah s.w.t kurniakan pada kali ini digunakan secara maksimum malah lebih baik dari tahun sebelumnya. Ana kira, kita semua sudah menyedari akan hakikat amalan-amalan yang sering diamalkan tika menjelangnya Ramadhan Kareem ini. Solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, bersedeqah, qiamullail dan banyak lagi amalan-amalan lain sering diperkatakan oleh para ustaz tika menjelangnya bulan yang mullia ini. Tidak lupa juga kehadiran lailatulQadar dan nuzul Quran yang menyerikan lagi ibadah puasa kita saban tahun. Oleh sebab itu, bicara pada kali ini tidak banyak menekankan tentang fadhilat-fadhilat Ramdhan, cuma akan ana cuba untuk mengaitkan apa yang ingin diketengahkan iaitu mengapakah pada hari ini, kita berada di atas muka bumi ini?

DARI MANA KITA DATANG?

Sebelum menjurus ke arah sajian utama pada kali ini, sengaja ana timbulkan persoalan, dari manakah datangnya makhluk yang Allah s.w.t jadikan cukup sempurna akalnya dan mampu untuk berfikir akan kekuasaan Allah yang Maha Besar. Sebagai mengimbau kembali kejadian kita daripada tanah melalui perantaraan Nabi Adam a.s, Allah s.w.t banyak menyebutkannya di dalam firmanNya yang terkandung di dalam kitab yang mulia Al-Quran. Berikut disenaraikan surah-surah yang jelas memperkatakan tentang bagaimana berlakunya kejadian manusia selari dengan bukti-bukti saintifik yang sering diperkatakan pada hari ini.

1. Surah Al Hajj (Ayat 5)
2. Surah Al Mukminun (Ayat 12-14)
3. Surah As Sajdah (Ayat 7-9)
4. Surah Al Insaan (Ayat 1-2)
5. Surah At Thariq (Ayat 5-7)

Surah-surah diatas merupakan dalil-dalil yang menunjukkan bagaimana kita dicipta melalui satu titian yang kompleks dan tidak mampu kita laksanakan meskipun dikurniakan akal sehebat cendekiawan dunia. Tiada kebenaran ditunjukkan menerusi teori-teori seperti teori Darwin yang ana kira telah dikemukakan hanya untuk mencabar kekuasaan Allah yang tiada tara bandingannya….

HIKMAH KEWUJUDAN MANUSIA

1. Pengabdian kepada Allah.

Surah Ad Zariyat ada menyebutkan bahawa kita dilahirkan untuk beribadah kepada
Allah s.w.t. Namun demikian, sejauh manakah pengertian ibadah itu difahami?
Adakah ibadah itu hanya meliputi urusan solat, puasa, zakat dan ibadah-ibadah umum
yang lain?

Sebagaimana yang kita ketahui, ibadah memberikan pengertian segala amalan yang
semata-mata untuk memperhambakan diri kepada Allah, atau dalam kata lain segala
amalan yang dilakukan kerana Allah s.w.t. Di mana sahaja kita berada adalah
‘masjid’ iaitu tempat untuk kita memperhambakan diri kita kepada Allah. Sebagai
contoh, ‘masjid’ bagi seorang pelajar adalah sebuah universiti yang mendorongnya
untuk melakukan pengabdian diri kepada Allah.

Apa yang dapat ana perkatakan, peluang bagi seorang muslim adalah luas seluasnya.
Sekarang, hanya terpulang kepada kita untuk merebut peluang tersebut ataupun hanya
membiarkannya begitu sahaja. Tambahan pula, tika berada di dalam bulan Ramadhan
ini, segala amalan sunat akan digandakan pahalanya sebagaimana amalan fardhu
manakala amalan fardhu pula digandakan ganjarannya 70 kali ganda! Nah, apa yang
harus kita tunggu lagi? Hayya Syabab! Hayya Nisa’! Jangan sia-siakan peluang di
hadapanmu!

2. Khalifatullah

Apa yang dapat kita fahami melalui peranan kita sebagai khalifah Allah? Adakah tugas seorang khalifah itu hanya termaktub kepada seorang pemimpin sahaja? Adakah kita tidak layak untuk bergelar khalifah?

Memainkan peranan sebagai seorang khalifah bermaksud kita wajib menjalankan tugas, arahan mahupun perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Amar makruf nahi munkar. Bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. Namun, realitinya masyarakat seolah-olah mengambil jalan mudah. “Ala, ustaz dan ustazah kan ada.” Begitulah tanggapan kebanyakan pihak yang jelas membuktikan amalan sekularisme sudah kian menular di kalangan ummat Islam. Alangkah indahnya, jika kita dapat lihat pada hari ini, munculnya ulama’ seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu Taimiyah dan ulama’-ulama’ yang terkemuka yang lain. Kemunculan prostaz(profesional ustaz) amat dinanti-nantikan. Andalah orangnya wahai sahabat-sahabatku. Marilah bersama-sama kita laksanakan dalam satu jemaah yang kukuh dan teguh agar kejayaan dan kegemilangan Islam kembali bertakhta di atas muka bumi Allah ini. Amin…

Hayya, hayya rijal, hayya bil jihad….’ Lagu Brothers mengingatkan ana akan seruan jihad yang seharusnya kita sahut dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifatullah. Jihad. Adakah fokusnya hanya pada jihad dalam peperangan? Justeru jawapannya tentulah tidak. Meskipun jihad yang paling tinggi adalah berperang demi mempertahankan dan memperkembangkan Islam (Surah AnNisa’, ayat 76), terdapat juga jihad-jihad lain yang tidak seharusnya kita tinggalkan. Jihad lisan, harta, jiwa dan juga musuh. Dengan kemunculan bulan Ramadhan el-Mubarak ini, kita bakal berjihad dalam erti kata berjihad untuk mengawal hawa nafsu baik dari segi nafsu untuk melakukan perbuatan maksiat mahupun jihad untuk mengelakkan pembaziran sewaktu berbuka puasa. Maka dapatlah dilihat bahawa jihad haruslah dilakukan dimana-mana sahaja. Selain itu, sebagaimana yang kita sedia maklum, menuntut ilmu juga merupakan salah satu daripada seruan jihad yang wajib disahuti. ‘Menuntut ilmu wajib ke atas setiap Muslim’.

3. PERCATURAN HIDUP INI. MEMBAWA KITA KE MANA
?

Segala-galanya sudah tercatat di lembaran kalamullah.

Surah An-Najm (ayat 42-44)
Surah Al-Insyiqa’ (ayat 6)
Surah Ar-Rum (ayat 11)
Surah Az-Zumar (ayat 7)
Surah Al-‘Alaq (ayat 8)

Setiap manusia pasti akan berhadapan dengan kematian…… Tunggulah saat kunjungan malaikatul maut. Detik itu pasti akan muncul. Nantikanlah…


p/s: Jutaan penghargaan buat Mak Cik Noni di atas pengisian usrah yang benar-benar
mengingatkan kembali tugas kita di atas muka bumi ini. Jazakillahi khairan katheera.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...