PESAN NENEK
Friday, December 19, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

"Jaga adab walau ke mana sahaja kita pergi. Jangan sombong dengan orang lain."
Pesan nenek bagai tersemat di dalam dada.

Muda mudi Islam hari ini jika dilihat semakin hanyut dan jauh dari nilai dan adab yang secara jelasnya telah digariskan dalam syariat Islam itu sendiri. Budaya kesopanan sudah kian lama ditinggalkan mencetuskan satu revolusi baru di mana budaya barat menjadi teras dalam kehidupan. Bukanlah ana menafikan akan kemajuan yang berkembang pesat di sana, namun cukuplah sekadar itu yang diambil tanpa diserap sekali akan budaya di sana. Cukuplah kalau kita memperkatakan soal berpakaian. Berbaju yang berlandaskan syariat dianggap kuno, lapuk, baju tidur dan bermacam lagi sedangkan mereka sebenarnya secara terangnya menunjukkan kejumudan pemikiran mereka. Apakah kemajuan itu diukur dengan berpakaian ala barat ataupun berbudaya seperti mereka sedangkan tahap pemikiran terus diletak pada level yang serendah-rendahnya. Sikap meniru orang lain hanya meletakkan diri kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan satu suasana di mana setiap dari kita berlumba-lumba untuk menghasilkan penemuan-penemuan baru berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang membuka mata dunia akan kehebatan Ummat Islam.

Rasulullah s.a.w merupakan contoh ikutan yang paling terunggul yang harus diteliti akan kehidupan baginda pada zaman remaja. Kegigihan mempelajari selok belok perniagaan di usia yang muda di samping penonjolan akhlak yang mulia jelasnya mematangkan baginda sehingga berjaya memikat ummul mukminin untuk memperisterikan baginda walaupun pada jarak usia yang jauh berbeza. Apa yang pasti, iman sempurna yang memandu kepada akhlak mulia, menjadi teras dalam kehidupan seseorang remaja Muslim. Jauhilah budaya hedonisme yang hanya menjadikan kita leka akan tujuan sebenar hidup kita di atas muka bumi ini.

p/s: Renungan buat diri ana yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai hiburan yang melalaikan di waktu cuti ini...

MASJID DAN UMAT ISLAM
Friday, December 12, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:


Sengaja ana memilih untuk mengutarakan perihal masjid dan umat Islam pada post kali ini. Bukan apa, bila difikirkan kembali adakah umat Islam pada hari ini menghayati akan peranan masjid yang sepatutnya menjadi salah satu pusat pentadbiran, perdagangan, pengajian dan bermacam-macam lagi.
Ana pernah terdengar di dalam rancangan bersama Ir Ahmad Jais (kalau tak silap) di dalam Radio IKIM yang membincangkan isu masjid dan peranannya di mana terdapat seorang pendengar yang memberikan contoh salah satu masjid yang terkenal dengan sistem pendidikannya iaitu Masjid Al-Azhar di Kaherah, Mesir.

Masjid tersebut dengan gahnya telah berjaya membuka peluang kepada beribu-ribu umat Islam seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan dengan wujudnya Universiti Al-Azhar yang terbina di atas paksi sebuah pusat ilmuan iaitu sebuah masjid.
Namun demikian, jika dibandingkan dengan negara kita, masjid tidak lain hanya dijadikan sebagai tempat untuk solat Jumaat dan pada bulan puasa sebagai tempat untuk solat tarawikh berjemaah. Pada waktu yang lainnya, masjid-masjid ini lengang bagaikan sebuah replika yang hanya dijadikan sebagai tontonan yang indah pada binaan namun sepi tidak berpenghuni.

Mungkin umat Islam pada hari ini lebih selesa
untuk mengikut apa yang telah dibawakan oleh pengkhianat Islam, Mustapha Kamal Atartuk dengan ajaran sekularnya di mana agama hendaklah dipisahkan daripada kehidupan dengan sewenang-wenangnya (mungkin terlalu kasar bunyinya).
"Masjid hanya boleh digunakan untuk urusan agama sahaja". Betapa jumudnya pemikiran kita sebagai umat Islam yang sepatutnya mengimarahkan masjid-masjid kita pada hari ini, bukan hanya dijadikan sebagai destinasi perlancongan sahaja.

p/s: Ana ada singgah di sebuah masjid on de way balik dari kampung. Tapi sedih sebab masjid tu bagaikan tiada siapa yang mengambil peduli akan kebersihannya walhal jelas terpampang di dinding bahawa النظا فة من الأيمان . Tapi, siapa yang harus dipersalahkan?

RAYA DI SANA?
by MAWAR BERDURI in Labels:

Hari Raya kedua, ana sekeluarga berpeluang untuk ke Fraser Hill buat kesekian kalinya. Pengalaman sebelum ini yang terpaksa melalui jalan bagai ular kena palu, membuatkan kami hampir membatalkan rancangan untuk ke sana. Namun, melihatkan semangat adik-adik untuk ke sana, kami teruskan juga apa yang telah dirancang. Alhamdulillah, hari tidak hujan semasa kami bertolak pergi dan balik.


Bakal mujahid Islam



My mom and dad

MENANGKAP IKAN...
Wednesday, December 10, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

Aidiladha yang baru sahaja berlalu banyak meninggalkan kenangan yang manis buat diri ana dan keluarga. Maklumlah, berhari raya di kampung. Penuh satu rumah dengan sanak saudara yang bersama-sama meraikan hari kemenangan setelah meraikan Aidilfitri dua bulan yang lalu. Hari Raya yang pertama, kami beramai-ramai ke kolam ikan yang telah dikeringkan untuk mengangkap ikan yang terdapat di sana. Ada jelawat, haruan, talapia dan banyak lagi jenis-jenis ikan lain yang ana tidak pasti namanya.

Suasana desa yang harmoni dihiasi dengan alam semulajadi tanda kebesaran Allah s.w.t.

Hasil tangkapan ikan beramai-ramai pada Hari Raya Pertama

Pak cik dan sepupu-sepupu yang sedang menangkap ikan

Si cilik yang berjaya mendapatkan ikan jelawat dan patin..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...