p/s: Ya Allah, aku mohon agar Kau tabahkanlah hatiku ini dalam menempuh ujianMu ini.
Dalam meneruskan perjuangan Rasulullah saw, keikhlasan dalam setiap amalan memandu dalam perjuangan menuju mardhatillah.
p/s: Ya Allah, aku mohon agar Kau tabahkanlah hatiku ini dalam menempuh ujianMu ini.
Perjuangan itu meletakkan suatu sasaran sebagai nadi untuk menggerakkan jiwa yang tidak tegar untuk menentang tarikan-tarikan seni yang menjadi pembuka kepada gelombang kemusnahan.
“I want all of you to submit your IA before these coming holidays. Remember that!”
“Where’s your IA, Asmaa’?”
“Asmaa’, ko dah buat TOK essay?”
“Weh, EE kena submit this week la.”
“IRP note kite tak buat lagi la.”
“Bila kena submit IA Math hah? Aku tak buat apa-apa pun lagi.”
Ana terkedu apabila teringat perbualan-perbualan yang sinonim untuk didengari akhir-akhir ini. Semuanya sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pelajar. Tugasan demi tugasan yang menghantui, benar-benar menguji kekuatan jiwa seseorang pelajar untuk berhadapan dengan realiti yang bakal dihadapi di alam pekerjaan.
“Ala, baru belajar dah mengeluh. Belum kerja lagi.”
Terdapatnya sesetengah daripada kita yang menjadikan kesibukan itu sebagai satu alasan untuk tidak meluangkan masa dengan core business kita sebagai seorang hamba kepada Al-Khaliq yang Maha Berkuasa.
Teringat firman Allah yang bermaksud, ‘Dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah’.
Dalam menghadapi kekangan masa, sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk menjadikan kesibukan kita sebagai suatu ibadah agar apa yang kita usahakan tidak menjadi sia-sia.
Niatkan segala usaha kita untuk menyiapkan tugasan yang diberi semata-mata untuk mencapai kejayaan agar kita dapat berbakti untuk perjuangan Islam sebagai salah satu thoriq(jalan) untuk mencapai keredhaan Allah. Jangan diabaikan kewajipan sebagai seorang Muslim dengan menunaikan ibadah yang wajib dengan sempurna. Al-Quran tidak ditinggalkan. Luangkanlah masa hanya 5 minit selepas solat Asar untuk mendengar hadith Rasulullah walaupun assignment masih menanti untuk disiapkan.
Jangan dek kelalaian yang dilakukan, hati kita gelap untuk menerima hidayah dari Allah. Nauzubillah...
p/s: Peringatan untuk diri ana yang lemah ini.
Nusaibah Al-Humaira’ binti Omar. Serikandi yang kemerah-merahan. Lahirnya cahaya mata Kak Akhma yang ke-5 ini, menandakan lahirnya seorang lagi bakal serikandi Islam yang akan memperjuangkan syiar Islam di atas muka bumi ini. Ana tiba-tiba terbayangkan kisah Nusaibah binti Kaab yang merupakan salah seorang pejuang Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. Cintanya terhadap Rasulullah s.a.w. membuatkan beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk melindungi baginda di dalam peperangan Uhud. Kecederaan yang dialaminya langsung tidak dipedulikan. Doa Rasulullah agar beliau menjadi sahabat baginda di dalam syurga menggambarkan betapa tingginya penghargaan Rasulullah terhadap insan yang digelar Ummu Umarah. Subhanallah.. Cintanya terhadap pesuruh Allah ternyata lebih hebat berbanding cintanya terhadap dirinya sendiri. Semoga bakal serikandi ini menjadi insan sehebat Nusaibah binti Kaab.
p/s: Mambruk alaikum buat Kak Akhma sekeluarga di atas kelahiran cahaya mata yang comel...
Keesokannya, kami mengadakan jamuan, bagi menguatkan jalinan ukhwah dan yang pastinya agar jambatan hati yang dibina atas dasar aqidah yang satu terus terpaut hingga ke akhir hayat. Amin..
“Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri” Riwayat Bukhari dan Muslim

Ana teringat perbualan dengan abi tercinta dua hari sebelum menghadapi SAT.
“ Abuya(panggilan terhadap abi), kaklong exam hari Jumaat ni. Abuya tolong doakan kaklong ye.”
“ Insya Allah, abuya memang selalu doakan kaklong. Umi, adik-adik di rumah pun doakan kejayaan kaklong juga. Apa yang penting, kaklong jangan asyik fikirkan yang soalan-soalan tu susah. Kita buat sedaya upaya. Jangan lupa berdoa. Selebihnya, tawakkallah pada Allah. Allah tidak melihat keputusan kaklong yang keluar nanti, tapi Dia akan menilai sejauh manakah kaklong berhadapan dengan ketentuan-Nya nanti. Tidak kira sama ada diuji dengan kejayaan mahupun kegagalan.”
Sebak diri ana mendengar kata-kata daripada seorang ayah yang selalu mengambil berat akan anaknya ini.
- MAWAR BERDURI
- Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.




